Hantaran isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah meraih perhatian wargamaya apabila dilihat seakan memberi petunjuk sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Kongsi Sisi ‘Sweet’ Matin – ‘Kalau Dah Jadi Anak Bujang, Ayah Dia Punya Jiwang Pun Kalah’

Artikel Berkaitan: Shuib & Mamat Syukur Dapat Tunai Umrah Bersama, Titip Doa Dikurniakan Zuriat – ‘Alhamdulillah Dijemput Menjadi Tetamu Allah’

Baby bump?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dilihat mengenakan ‘dress’ berwarna biru muda.

Pada perkongsian itu, Watie memuat naik beberapa foto semasa pelancaran restoran Sepah Penyet yang diusahakan oleh Shuib dan Mamat.

Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian apabila kelihatan seakan ‘baby bump’ pada perut Watie.

Netizen doakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen masih berteka-teki dengan hantaran yang dimuat naik itu. Selain itu, warganet turut mendoakan agar dipermudahkan urusan jika Watie dan Shuib bakal menimang cahaya mata.

Sumber: Instagram @iamwatie