berita

Netizen Dakwa Noor Nabila Pernah Sebut Status ‘Single’, Bakal Cerai Dengan Engku Emran?

February 25th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Rumah tangga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila kembali menjadi bualan ramai selepas ketiadaan suami tercinta, Engku Emran ketika berangkat menunaikan umrah.

Artikel Berkaitan: Padam Gambar Kahwin, Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Kalut’ Cari Engku Emran, Noor Nabila Kongsi Foto Berdua Masa Sambut Hari Lahir

Sudah retak?

Memetik laporan Harian Metro daripada sumber terdekat, pasangan sama cantik sama padan itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung serta didakwa dalam proses perceraian.

Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka.

Dah terlepas cakap?

Pada Khamis lalu, Nabila bersama anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad pergi ke Tanah Suci Mekah namun Engku Emran tidak muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun, bekas suami Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian apabila berada di sana sebelum mereka berangkat.

Dalam video yang tular di TikTok, pelakon drama I Promise Janji Anaqi kelihatan akrab bersama keluarga Nabila malah dilihat bergambar bersama.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut mempersoalkan ‘kehilangan’ Engku Emran selain ada yang mendakwa usahawan terkenal ini pernah menyatakan statusnya sudah single ketika membuat siaran langsung.

Sekadar info, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sumber: Harian Metro & TikTok

SKIP THIS AD ×