
Desas-desus mengenai penyanyi, Amira Othman yang dikatakan sedang mengandung akhirnya terjawab apabila tuan badan tampil memberikan penjelasan sebenar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah & Amira Mahu Jalani Alam Rumah Tangga Dengan Tenang – ‘Kami Tidak Buat Jahat Dengan Sesiapa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Pesan Kepada Fattah Amin Jaga Amira Othman – ‘Dia Wanita Solehah, Insya-Allah Akan Jadi Isteri Solehah’
‘Hint ke ni?’

Sebelum ini, netizen mendakwa isteri kepada pelakon kacak, Fattah Amin itu sedang berbadan dua selepas mendapati penampilannya kelihatan sedikit berbeza.
Spekulasi itu menjadi lebih kuat apabila pasangan itu melakukan trend di TikTok yang memperkenalkan diri mereka sebagai ibu bapa kepada bakal anak-anaknya, baru-baru ini.
Ruangan komen dipenuhi dengan pujian selain menyatakan rasa syukur apabila pasangan itu bakal menimang cahaya mata.
Bagaimanapun, Amira yang berusia 32 tahun itu menepis dakwaan dengan mengatakan ia sekadar trend di TikTok dan tiada kaitan dengan dirinya.
Eh bukan tau. Ini content macam baru kahwin gitu. Yuti suruh buat hahaha.
Walaupun ia hanyalah dakwaan namun netizen tetap mendoakan agar pasangan itu dikurniakan anak dalam masa terdekat ini.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)