Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahi sekali lagi menjadi bualan hangat netizen susulan perkongsian terbaharunya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Didakwa Gesa Anak Ambil Semula Hak Penjagaan Kedua Cucu, Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Buat Penabur Fitnah

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’

Potret keluarga jadi perhatian

Menerusi video Instagram Stories yang dikongsikan, memaparkan suasana mereka sekeluarga menikmati kuih raya.

Bagaimanapun, apa yang menyorot perhatian netizen apabila melihat potret keluarga yang digantung pada dinding kediaman tersebut.

Netizen mendakwa wajah bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah seolah-olah sengaja ditutup pada foto berkenaan.

Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen yang menganggap perkara tersebut sebagai tidak matang, memandangkan Bella masih merupakan ibu kepada cucu-cucunya.

Malah rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan menyelar tindakan keluarga itu. 

Komen

Sumber: Threads