Sekadar gambar hiasan
Tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat saban hari membuatkan ramai terkesan, khususnya golongan B40. Bukan itu sahaja, pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan ramai kehilangan kerja serta berlakunya pemotongan gaji. Menurut laporan, perbelanjaan isi rumah bulanan purata menunjukkan peningkatan pada kadar 4 peratus sahaja dalam tempoh 2016 sehingga 2019.
Jika harga makanan terus meningkat jika dibandingkan dengan barangan yang lain dan memandangkan isi rumah B40 lebih cenderung untuk berbelanja untuk makanan, peningkatan harga makanan yang konsisten akan menyebabkan kumpulan isi rumah ini terkesan daripada kadar inflasi yang lebih tinggi.
Tadika pun mahal….
Seperti satu ciapan seorang netizen yang menarik perhatian ramai mengenai harga taska yang dikatakan begitu mahal dan membuatkan rata-rata ibu bapa berada dalam dilema. Menerusi ciapan tersebut, wanita ini mendakwa kadar yuran yang dikenakan oleh taska adalah sebanyak RM400 hingga RM450 di kawasan Semenyih, Selangor dan terdapat taska yang mengenakan caj sebanyak RM600.
Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan ibu khususnya berada dalam dilema sama ada perlu berhenti kerja bagi menjaga anak atau pun bekerja seperti biasa dan membayar caj taska yang begitu mahal. Ujar wanita ini lagi, kos penjagaan kanak-kanak semakin tinggi dan setiap pasangan perlu memainkan peranan yang tinggi.
Rancang keluarga pun penting juga.
Luahan netizen
Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen juga bersetuju ‘terkesan’ dengan caj taska yang dikatakan begitu mahal ditambah pula gaji minimum bagi seorang pekerja hanyalah RM1,200.
Bukan itu sahaja, netizen juga turut menekankan aspek family planning berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi bagi mengelakkan anak mereka ‘terkesan’.
Sumber: Sinar Harian & Twitter