

Tindakan seorang bapa tergamak membahayakan nyawa anak kecil telah mengundang pelbagai komen negatif daripada wargamaya.
‘Wheelie’ bawa anak kecil

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, memaparkan aksi ‘wheelie’ seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak di jalan raya.
Situasi itu boleh mengundang kecederaan parah apabila kedua-duanya dilihat tidak memakai topi keledar ketika menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.
Kanak-kanak perempuan yang duduk di dalam raga motosikal itu kelihatan takut dari raut wajahnya. Berdasarkan rakaman suara dari video tersebut, lelaki itu telah dihasut oleh rakannya untuk melakukan aksi merbahaya.
Netizen marah


Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki itu yang ibarat menempah maut. Malah, ada juga segelintir yang menggesa agar pihak polis mengambil tindakan undang-undang.
Bagaimanapun, lokasi dan tarikh video itu dirakam tidak dapat dipastikan bila.
Sumber: Twitter @My_CrimeWatch





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)