
Sesi siaran langsung pendakwah bebas terkenal Ebit Lew bersama pempengaruh, Ustaz Tido baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Netizen Sedih Tengok Keadaan Terkini – ‘Tolonglah Bantu Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Trend ‘Velocity’, Netizen Tegur Gerakan Tangan Ebit Lew – ‘Bukan Ke Simbol Tu Tak Boleh Guna? Ustaz Mungkin Lebih Arif’
Kumpul ‘gift’
Menerusi hantaran di Instagram, personaliti media sosial, Caprice memuat naik sebahagian klip video daripada sesi siaran langsung di TikTok itu.
Steady lah ustaz favorite Malaysia.
Ketika sesi siaran langsung tersebut, Ebit Lew dan Ustaz Tido dipercayai sedang berada dalam satu pertarungan iaitu ‘PK Live’.
Difahamkan persaingan tersebut adalah untuk merebut jumlah gift paling tinggi daripada warganet.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan tingkah laku dua individu itu.
Dalam masa yang sama, warganet juga mengecam mereka berikutan didakwa menggunakan imej keagaamaan demi meraih keuntungan.
Kadang-kadang sampai ke pagi mereka live. Bukan live kongsi ilmu tapi itulah, kalau condemn Allah tak sayang pula.
Buang kopiah dulu kalau nak main PK, merosakkan imej Islam adalah.
Teruknya, malu tengok. Sudah-sudahlah rosakkan imej pendakwah yang lain.
Kalau ajak mengaji atau takzirah ok juga sampai pagi, tapi mana pergi tanggungjawab hakiki?
Terlalu menghambakan diri pada media sosial, patutnya kongsi ilmu agama tapi ni mengajak orang Islam meminta-minta gift.
Sumber: IG Caprice