Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki dikecam oleh warganet kerana tindakannya memuat naik beberapa keping gambar serta maklumat pengasuh kanak-kanak di Facebook(FB) dengan tujuan yang tidak senonoh.
Artikel Berkaitan: Polis Tahan Lelaki ‘Gatal’ Tunjuk Kemaluan & Cuba Mencabul
Artikel Berkaitan: Isteri Sedang Hamil, Suami Gatal Hubungi Bekas Kekasih Nak Hadiahkan Pakaian Dalam
Sambil mencari sambil mengatal
Tangkap layar dari Facebook (FB) memaparkan hantaran lelaki tersebut yang sedang mencari seorang pengasuh buat anaknya, namun hantaran itu disifatkan warganet seperti gangguan seksual terhadap pengasuh-pengasuh wanita di aplikasi berkenaan.
Ini pengasuh Isaac (anak) ke? Papa lah yang hantar dan ambil adik ya.
Nak teruskan ke tak ni? Serba salah pulak. Nak ambik makcik? Memang tak ada dalam ini, kebanyakanya umur 20-an ke 40-an
Korang nak laman web dia tak? Yang nak cari pengasuh tu? Mari lah Direct Message abang.
Lelaki tersebut juga turut mendedahkan perbualannya dengan salah seorang pengasuh wanita yang dihubunginya, namun hantaran itu mengundang komen-komen yang tidak senonoh.
Netizen kecam
Menerusi ciapan di Twitter, seorang wanita yang mendedahkan hal tersebut telah mengecam kelakuan lelaki bergelar bapa itu.
Kesian perempuan muda zaman sekarang. Nak berdikari pun susah. Jadi pengasuh muda berisiko dapat gangguan dari lelaki miang bergelar ayah.
Semua benda nak dibuat lawak. Gambar asal kat post tak sorok muka pengasuh ini langsung. Kalau itu anak kau macam mana ya?
Dalam pada itu, dia juga menyelar tindakan beberapa orang warganet yang turut serta menjadikan perkara tersebut sebagai bahan jenaka untuk menggatal.
Kalau pengasuh yang dipaparkan ini ialah anak saya, saya akan ambil tindakan pada tuan. Tuan mungkin rasa post ni sebagai gurauan ‘gatal’ seorang lelaki.
Tapi baca komen-komen lelaki yang bergelar bapa dalam ni, sangat memalukan. Ini ke ciri seorang ayah. ? Dan bayangkan satu hari nanti, gambar anak perempuan tuan yang akan dipaparkan oleh lelaki miang.
Sumber: Twitter