Baru-baru ini, tular seorang pemilik gerai makan yang menerima kecaman dari warga TikTok susulan didakwa harga makanan yang tidak masuk akal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ia Agak Mahal’ – Cuba Air Tuak Ketika Bercuti Di Malaysia, Mat Salleh Kata Rasa Pelik
Telur Omellete
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang peniaga yang dikenali sebagai Dania Sedek menjelaskan bahan-bahan yang dimasukkan dalam masakan Omelette Thai dengan harga yang ditetapkan amat berbaloi iaitu RM13.
Harga RM13 yang saya letak ni saya dah tinjau kat luar macam mana orang letak, macam mana orang buat dan macam mana orang masak.
Tambah Dania, Omelette Thai yang dijualnya itu berbaloi jika dibandingkan dengan harga sebelum ini iaitu RM8 kerana mempunyai sos istimewa Thai serta tauge.
Daripada mula-mula saya letak harga dulu RM8, sekarang RM13 ni ada taugeh, Prik Nam Pla (sos Thai) dan bahan tambahan. Kali ini insya-Allah lebih berbaloi.
Wanita tersebut juga mengatakan bahawa pelanggan perlu melihat pada kos-kos lain seperti minyak masak, bekas makanan serta bahan-bahan masakan kerana harga tersebut tidak terletak pada telur sahaja.
Menjengan ke ruangan komen, Dania menerima kritikan dari warganet mengenai harga Omelette Thai terlalu mahal dan tidak masuk akal.
Komen Netizen
Sumber: TikTok