berita

Netizen Kecam Pihak Hotel Guna ‘Hashtag’ Tidak Senonoh Pada Sampul Raya

April 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Di Facebook (FB), tular sampul raya keluaran sebuah hotel yang mendapat kritikan warganet kerana menggunakan tanda pagar yang tidak senonoh pada sampul.

Artikel Berkaitan: Berebut Bilik Di Rumah Mentua Ketika Raya, Wanita Ini Kesal Adik-Beradik Lain ‘Booking’ Awal

Artikel Berkaitan: Hilang Sejak 2006, Adik Rayu Abang Pulang Beraya – ‘Kat Mana Pun Kau, Baliklah’

Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Foto: Facebook

Menerusi satu hantaran oleh seorang individu di Facebook (FB), gambar yang dimuat naik memaparkan tanda pagar #noromen-romen iaitu perkataan yang berunsur lucah pada bahagian belakang sampul raya tersebut.

Difahamkan sampul raya itu dikeluarkan oleh sebuah hotel bajet patuh syariah.

Ini bagi aku, satu pemasaran yang gagal oleh pihak hotel. Gagal mengenal pasti pelanggan. Yang nak terima duit raya ni budak-budak. Mungkinlah ada sampul yang diberi pada ibu bapa atau orang dewasa, tapi majoritinya populasi bawah umur di Malaysia.

Individu tersebut mendakwa bahawa tanda pagar seperti itu akan mengundang pertanyaan oleh kanak-kanak dan sudah semestinya pemberi duit raya dan ibu bapa juga akan sukar untuk menjawab maksud tanda pagar itu.

Boleh bayangkan bila budak-budak terima duit raya tengok sampul dan tanya mak ayah masing-masing, ibu ayah, romen-romen ni apa?. Haaaa jenuh la nak menjawab tuan-tuan dan puan-puan. Tak merah muka mak ayahnya kalau ditanya pulak soalan tu depan muka yang memberi?

Lain kali fikirlah sebelum nak cetak.

Individu tersebut juga dilihat terpaksa meletakkan pelekat di bahagian tanda pagar itu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar pihak hotel tersebut yang disifatkan tidak peka dengan penggunaan bahasa kerana kemungkinan akan ada kanak-kanak yang mencari makna perkataan tersebut di internet.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×