berita

Netizen Kecam Sebab Ciapan ‘Demand’ Selimut & Gula, Suami Nora Danish Tetap ‘Cool’ – ‘Jangan Layan Depa Ni Semua Kat Rumah’

December 22nd, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sedang semua pihak sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir yang terlibat di beberapa buah negeri, nama suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau dikenali sebagai Bossned menjadi bualan ramai di media sosial.

Jangan layan

Ekoran satu ciapan di akaun Twitter miliknya yang menyentuh tentang mangsa banjir, Bossned telah mengundang kecaman daripada warganet.

Biarpun bertalu-talu ‘diserang’, Bossned enggan mengambil pusing malah tetap meneruskan misi menghantar bantuan ke lokasi yang terjejas.

Jangan layan dik (adik) depa (mereka) ni semua kat rumah, bangang tak baca betul-betul. Relaks kita tak memerlukan mereka, yang penting kita buat kerja untuk mangsa-mangsa ja.

Bossned turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) daripada seorang pengguna yang meluahkan rasa simpati serta berasa tidak adil dengan kritikan netizen kepada lelaki berumur 38 tahun itu.

Kami bukan Grab

Sebelum ini, ayah kepada dua orang cahaya mata itu ada meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir mangsa banjir. Ciapan itu telah membuatkan rata-rata pengguna menyuarakan pelbagai reaksi dan pendapat.

Sangat kecewa, kami masuk ada yang tak nak dibantu, tapi demand nak selimut, gula dan lain-lain. Sedara kami datang nak keluar kan orang bukan jadi Grab.

Sumber: Instagram & Twitter @boss_ned

SKIP THIS AD ×