Gara-gara memuat naik foto ‘berbadan dua’, nama pelakon Puteri Sarah Liyana kembali menjadi bualan warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah Tak Heran Kekayaan Suami’ – Pengurus
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Kazar Buat ‘Content’ Di Kedai Emas, Netizen Kecam Sebab Tak Jaga Hati Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: Saya Tidak Akan Menarik Balik Dakwaan & Akan Teruskan Perbicaraan’ – Puteri Sarah
Makan buah mangga
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah berkongsi foto memakai ‘dress’ bercorak hitam dan putih sambil tangannya memegang perut yang jelas nampak ‘baby bump.’
Aktres berumur 37 tahun ini hanya menulis kapsyen ringkas iaitu ‘Morning’ dan seterusnya membiarkan wargamaya berteka-teki.
Rata-rata peminat mula meninggalkan ucapan tahniah selain memuji wajah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang nampak berseri-seri.
Selain itu, ada juga yang dapat ‘menghidu’ imej itu sekadar untuk watak dan lakonan Puteri Sarah.
@farhanahkhalid: Berseri muka.
@cinta_kamoo: Mengandung lagi. Anak comel dan lawa. Semoga bahagia selalu, Sarah dan Syamsul. Amin.
@seharum_lavender87: Kalau betul, alhamdulillah. Tahniah.
@miss____zana: Mesti orang sebelah sana terkejut tengok Sarah mengandung.
@nellynorliza: Bukan gimik kan alhamdulilah tahniah.
Foto shooting
Ketika dihubungi OhBulan!, pelakon yang bakal melebarkan sayap ke Indonesia pada tahun depan menyatakan dia hanya ‘mengandung’ dalam lakonan terbarunya.
Bagaimanapun, dia tidak menafikan perubahan berat badannya yang makin bertambah sehingga mencecah 59 kilogram (kg).
Shooting la (ketawa). Tapi memang muka saya dah tembam macam mengandung. Bila tengok gambar eh kena pula muka dengan perut itu.
Saya dah 59 kg sekarang. Saya yang nak tembam, hati tengah bahagia.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata berkata dia kini bahagia dengan kehidupan baru.
Masa ulang tahun kelahiran pada 1 Disember lalu, saya dah ada azam baru iaitu nak buang yang keruh ambil yang jernih. Saya nak move on.
Tetapi saman tetap berjalan. Yang salah mesti didakwa. Cuma nak start move on dan jaga diri sendiri bagi gembira.
Saya nak bahagia dengan anak-anak. Tahun depan pula saya nak fokus penggambaran filem di Jakarta, Indonesia.
Terdahulu, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana