Pelakon Isyariana meluahkan rasa terkilan selepas segelintir netizen mendakwa bapa kandungnya telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isyariana Kongsi Tips Elak ‘Microsleep’ – ‘Paling Masuk Kepala Hafal Surah Masa Memandu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tawaran Ditarik Kerana Imej Bertudung, Isyariana Percaya Pada Rezeki – ‘Ummi Nazeera Boleh Saja Bawak Watak Antagonis’

‘Bapa saya masih hidup lagi’

Menerusi hantaran di Threads, Isyariana mengakui berasa ralat apabila hantaran gambar bapanya disalah tafsir sehingga ada yang mendoakan agar ‘arwah’ tenang di sana.

Ujar Isyariana, itu adalah kali pertama dia memuat naik foto bapanya, namun tidak menyangka ia mengundang salah faham.

Weh, apa benda ni! Saya tidak pernah memuat naik gambar bapa kandung saya.

Sekali saya muat naik, orang salah faham pula! ‘Semoga arwah tenang’, apa benda semua ini?

Aktres ini berpendapat bahawa tindakan tersebut sangat tidak sensitif dan mengguris hati ahli keluarga yang terlibat.

Sedih tahu tidak, bapa saya masih hidup lagi, doakan dia sihat sahaja. Janganlah main komen tanpa membaca kapsyen.

Kalau saya komen pada gambar bapa kalian yang masih hidup, ‘semoga arwah tenang di sana’, sakit hati tidak?’

Sebelum ini, Isyariana mendedahkan sudah lama berpisah dengan bapanya sejak berusia 11 tahun.

Komen netizen

Sumber: Threads Isyariana