Seorang warganet tampil berkongsi kad pentauliahan pendakwah selebriti, PU Riz susulan timbul dakwaan dia tidak berkelayakan untuk menyampaikan ceramah agama.

Artikel Berkaitan: PU Riz Jawab Dakwaan Tiket Wayang Sebagai ‘Refund’ Pembatalan ‘Meet & Greet’

Kad tauliah

Screenshot

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut memuat naik foto memaparkan kad tauliah mengajar dan berceramah PU Riz di Wilayah Persekutuan.

Individu itu juga menggesa orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap PU Riz kerana usahanya yang mencuba berkongsi ilmu agama.

Siapa yang kata Haris tak ada tauliah dipersilakan baca ya.

Sebelah kiri yang first bermula 2022 sehingga renewal yang kanan valid sehingga 2029. Boleh check di website MAIWP. 

Berhenti menjaja fitnah kepada yang cuba meluaskan agama Islam. 

Tambahnya, setiap individu mempunyai pilihan tersendiri untuk mengikuti mana-mana kelas agama yang mereka mahu, malah tiada paksaan dari pihak penganjur untuk peserta menyertainya.

Pilihan masing-masing untuk sertai kelas agama di hotel mewah atas dasar keselesaan dan ketenangan. 

Tiada paksaan, sama juga awak semua pergi ke konseet habis beribu untuk berhibur. Ukur baju di badan sendiri.

Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan individu tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga bersetuju dengan tindakan PU Riz yang telah mengemukakan saman terhadap pemfitnah.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa PU Riz tidak mempunyai tauliah dan dilabel ‘penunggang agama’ rentetan isu pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober lalu yang dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu.

Sumber: Threads