berita

Netizen Kongsi Perkara Unik Jadi Rakyat Malaysia, Mesti Korang Pun Boleh Relate!

August 20th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Menjadi rakyat kepada sebuah negara yang berbilang bangsa memang banyak keunikannya. Hal ini kerana, berlakunya asimilasi budaya kerana kita berada dibawah satu bumbung pemerintahan. Banyak perkara yang dikongsi bersama. Begitulah istimewanya menjadi rakyat Malaysia.

Jadi, hari ini kita nak go through kisah netizen dan apa yang buatkan diorang rasa Malaysia ni unik dan berbeza dengan negara-negara yang lain.

Setiap negeri ada hidangan istimewa- Hafiz

Malaysia dan makanan memang tak boleh dipisahkan tapi yang uniknya mengenai negara kita ialah setiap negeri didalamnya ada juadah istimewa yang tersendiri. Misalnya kalau di Pulau pinang kita ada nasi kandar, di Kelantan kita ada nasi kerabu dan budu, di Melaka kita ada cencaluk. Macam-macam lagi sebenarnya, kalau nak cerita semuanya sampai esok pun tak habis.

“Dekat negara kita kita ni Melayu pun ada yang meniaga roti canai. India pun ada jual nasi lemak, cina pun banyak je yang jual makanan Melayu. Jadi dah seperti keluarga. Semuanya dikongsi. Itulah istimewanya kita” Jelas Hafiz.

Berdiri tegak saat lagu Negaraku dimainkan- Nashrul Farhan

Kredit: Sinar Harian

Menurut Nashrul Farhan yang lebih mesra disapa sebagai Nash, rakyat Malaysia berbilang bangsa tapi uniknya bila lagu Negaraku berkumandang mesti semua akan berdiri tegak sebagai tanda penghormatan.

“Rakyat Malaysia ni bagi saya sangat menghormati lagu Kebangsaan. Walaupun dimainkan di panggung wayang, kedai makan, di stesen LRT dan MRT sekalipun pasti semua orang akan berdiri tegak sebagai tanda penghormatan. Terharu sebab tak kira bangsa, agama, sekalipun orang itu mat rock, dengar je lagu Kebangsaan dimainkan terus semua berdiri tegak tanda hormat”, kongsi Nash

Baju tradisional kita cantik-cantik belaka – Amirul Faiz

Selain itu, keunikan negara kita juga terletak pada koleksi busana tradisionalnya. Banyak pilihan busana tradisional Malaysia dan semuanya cantik-cantik belaka. Lagipun, busana tradisional ini boleh digayakan oleh sesiapa sahaja. Tiada isu perkauman bila bab berpakaian. Kita bebas.

“Tipu la kalau ada orang kata dia tak teringin nak pakai baju tradisional kaum lain. At least mesti nak cuba sekali terutamanya bila ada majlis atau acara yang bersesuaian. Inilah masanya nak melaram. Bukan senang tau nak menggayakan busana tradisi bangsa lain dengan betul, ada caranya dan tak boleh hentam keromo je tau.”, Tambah Amirul Faiz.

Bangun awal pagi nak tengok perarakan Hari Kebangsaan- Mohd Safie

“Bagi saya perkara paling legend, best dan unik dekat Malaysia ni ialah bila tiba sambutan Hari Kebangsaan. Wajib bangun awal pagi sebab nak tengok perarakan Hari Merdeka. Bukan perarakan di TV je, tapi perarakan budak-budak sekolah rendah dekat area rumah saya. Macam-macam gaya dan fesyen baju budak-budak tu pakai, meletop! Meriah tengok budak-budak ni berarak, teringat masa sekolah rendah dulu saya pun macam tu tapi sekarang dah tak boleh sebarangan, nak bergerak pun susah, bila ingat kenangan dulu memang rindu. Masa tu aktif join macam-macam”, cerita Safie sambil tersenyum.

Inilah sebahagian daripada keunikan, kelebihan dan keseronokan yang dimiliki oleh rakyat negara kita. Maka, tak hairanlah ramai yang bangga dilahirkan di Malaysia. Bak kata pepatah melayu hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik berada di negeri sendiri.

Justeru itu, McDonald’s buat julung kalinya menganjurkan McDonald’s Malaysia’s Drive Thru Carnival untuk meraikan keunikan kita bersama sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Melalui Karnival ini,  korang boleh menang pelbagai hadiah menarik dan create memori istimewa bersama yang tersayang sempena Hari kebangsaan.

McDonald’s Malaysia’s Karnival Pandu Lalu raikan Hari Kebangsaan!

Bersempena dengan Hari Kebangsaan yang bakal tiba nanti, korang jangan lupa tau untuk sertai McDonald’s Karnival Pandu Lalu. Ada banyak gila promosi yang berlangsung dan paling penting semua transaksi hanya dilakukan melalui pandu lalu sahaja.  Jadi ianya selamat sebab takde sentuhan. Berikut ialah promosi yang bakal berlangsung tidak lama lagi:

1. Pemberian 20 ribu gift card untuk rakyat Malaysia!

Betul korang, bersempena dengan bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang bakal tiba, McDonald’s akan buat giveaway 20 ribu gift card. Mudah je nak dapatkan gift card ni, korang cuma perlu tunggu pengumuman dua angka terpilih di sosial media McDonald’s pada tarikh  27 hingga 30 Ogos ini dan jika kedua-dua angka ini terdapat pada plat kereta korang serta mengikut urutan yang betul, korang boleh claim hadiah korang ketika membuat pembelian melalui pandu lalu McDonald’s dengan melaungkan kalimat MERDEKA!

Kalau boleh share la moment ini di sosial media korang untuk dijadikan kenangan disamping menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan serta sebagai tanda sokongan kepada negara kita dan McDonald’s.

2. Pemberian 60 ribu McChicken Burger kepada kereta dengan Jalur Gemilang!

Bukan itu sahaja, pada tarikh keramat 31 Ogos ini, McDonald’s akan edarkan 60 ribu McChicken Burger kepada pelanggan yang pasang Jalur Gemilang pada kenderaan diorang. Tak kisahlah korang nak letak dekat atas bumbung ke, dekat bonet depan atau bonet belakang, yang penting ada Jalur Gemilang. Jangan lupa untuk laungkan kalimat MERDEKA sebanyak 3 kali ketika membuat pembelian makanan melalui pandu lalu bagi membolehkan McChicken Burger menjadi milik korang.

Walau bagaimanapun, untuk bersikap adil kepada semua pelanggan McDonald’s, tawaran ini terhad kepada 300 pelanggan pertama untuk setiap cawangan. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Turut excited dengan sambutan Hari kebangsaan yang bakal tiba, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, McDonald’s berbesar hati menerima kepercayaan sebagai jenama Drive-Thru mudah akses dan paling dipercayai buat masa ini. Sempena bulan kemerdekaan melalui jiwa mekdi kami mahu meraikan sambutan Hari Kebangsaan diseluruh negara dengan memacu semangat dan kegembiraan sambil memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa dari kenderaan pelanggan.

Oleh itu, pastikan pada Hari Kebangsaan nanti, korang terus ke McDonald’s dan nikmati semua promosi eksklusif ini. Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi diatas? Pastikan korang follow rapat sosial media McDonald’s Malaysia.

Website: McDonald’s Malaysia

Facebook:  McDonald’s Malaysia 

Instagram: @mcdonaldsmalaysia 

SKIP THIS AD ×