Kalau sebelum ini, pelakon dan penyanyi Janna Nick menjadi mangsa ‘body shaming’, kali ini aktres cantik Uqasha Senrose pula netizen target.
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Ke Mekah Nak Beribadat Bukan Untuk ‘Main’! – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terfikir Nak Potong Usus, Janna Nick Sedih Dipanggil Gemuk
Badan naik sikit
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Uqasha meluahkan rasa hairan apabila ada segelintir individu yang mempertikaikan penampilannya selepas berkahwin dengan aktor Kamal Adli.
Kata Uqasha, 29, dia dikutuk gemuk selepas berat badannya naik sedikit berbanding pada zaman solo.
Abang, dorang ni… saya kurus, cakap saya kurus sangat, tapi bila badan naik sikit terus panggil saya gemuk. Abang babap (pukul) dorang.
Ada saya kisah
Biarpun begitu, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyatakan dia tidak kisah dengan mulut ‘makcik bawang’ kerana dia bahagia bersama suami tercinta.
Katanya, tindakan menyakitkan hati orang lain itu hanya mendapat dosa semata-mata.
Ada saya kisah, suka hati saya la nak chubby ke slim ke. Saya tengah bahagia.. Badan boleh turun tapi sakitkan hati orang percuma dapat dosa kering.
Di ruangan komen, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini dilihat membalas beberapa komen pengikut yang menegur perubahan tubuh badan.
@lordjedy: Nampak makin gemuk.
@nuneednedd: Uqasha makin gems (gemuk) bahagia hehe..
Balas pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini, “Aah (mengiyakan). Gemuk ke kurus ke tak kacau orang kan.”
Sekadar info, Uqasha dan Kamal berkahwin pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Bagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk menghebahkan pada umum selepas sebulan sah menjadi suami isteri.
Sumber: Instagram @uqashasenrose2