berita

Netizen Loya Tengok Tiktoker Buat Cabaran Cuci Muka Guna Air Jamban

July 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai beberapa rakaman video yang memaparkan TikToker sanggup membuat cabaran ‘dab’ siapa yang kalah perlu menyapu wajah mereka dengan air dari dalam lubang tandas.

Terpaksa tegur

Berikutan video tersebut, seorang pengguna Facebook tampil memberi teguran secara terbuka. Menurut individu yang dikenali sebagai Adam, dia tidak menyangka segelintir individu sanggup berkelakuan di luar jangkaan sehingga mengaibkan diri sendiri. Lebih teruk, individu yang melakukan perbuatan tersebut dilihat tidak mempunyai moral gara-gara mahu meraih pendapatan secara mudah.

Ingatkan aku sahaja yang susah cari duit, rupanya ada yang lagi susah sampai mengemis air kencing letak dekat muka. Ini semua demi duit.

Tambah Adam, setiap individu perlu meletakkan kepercayaan bahawa rezeki datangnya daripada Allah bukan manusia.

Jangan buat game macam ni. Nanti generasi sekarang tengok mereka nak buat juga. Mungkin mereka terdesak. Tapi ingat kena ada jati diri. Susah pengemis pun mereka akan berusaha tetapi bukan dengan cara macam ini.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa jijik melihat video tersebut. Ujar netizen, lebih banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan berbanding menyapu wajah dengan air jamban.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×