berita

Netizen Menangis Tonton Babak ‘Kalau Abang Rindu Yeye Dakap Anak Patung’ & Akhirnya Bersatu Semula

April 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ terbitan Kl Motion Picture idea asal daripada Wan Hasliza Wan Zainuddin akhirnya melabuhkan tirainya semalam.

Berkisahkan tentang lima orang adik beradik mengharungi pelbagai rintangan dalam kehidupan setelah ditinggalkan ibu mereka, drama ini berjaya membuat penonton mengalirkan air mata.

Terpaksa membesar di rumah kebajikan sendirian

Selepas Azhar meninggal dunia akibat dilanggar lori, Adi dan adiknya Yeye telah dihantar ke rumah kebajikan oleh Pak Ehsan. Meskipun tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka, Pak Ehsan cuba untuk memohon hak penjagaan dua beradik itu. Kerana pendapatan tidak stabil, rumah kebajikan hanya membenarkan Pak Ehsan mengambil seorang anak angkat sahaja.

Berikutan daripada itu, Pak Ehsan berasa bersalah keran terpaksa memisahkan Yeye daripada abangnya, Adi. Lebih menyentuh perasaan, Adi tidak kecil hati dan berterima kasih kepada Pak Ehsan kerana sudi menjaga adiknya.

Kalau abang rindu Yeye, abang dakap ni (anak patung). Macam abang dakap Yeye.

Menerusi episod kemuncak semalam juga, netizen tidak dapat menahan sebak tatkala menyaksikan babak Adi bertemu dengan kakaknya iaitu Mia. Kedua-dua mereka menziarahi pusara Azhar. Pada masa yang sama, ibu mereka turut hadir di kawasan perkuburan tersebut sambil ditemani peguamnya.

Momen Maya memeluk kesemua anaknya juga membuat penonton berasa sebak.

Menurut netizen, drama ini memberi banyak pengajaran buat masyarakat. Bukan itu sahaja, netizen tidak boleh membayangkan bagaimana nasib anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa tatkala mereka masih kecil.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×