Anak kepada pelakon, Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda menyorot perhatian dalam perkongsian terbaharu di Threads.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kurang Senang Norish Karman Dihujani Dakwaan Negatif – ‘Kenapa Persoalkan Ujian Menimpa Dia Sekarang?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Tanggung Empat Anak Angkat, Bukan Mengemis Minta Duit – ‘Kereta Dah Layak Masuk Longkang’

Kerja bantu ibu

View on Threads

Menerusi muat naik di Threads, Amanda berkongsi gambar gaya pakaian harian, namun perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menasihatkan Amanda supaya bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga susulan situasi mereka berada dalam keadaan yang kurang stabil.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut menyarankan beberapa pekerjaan yang mudah diperoleh pada masa kini.

Sebelum ini, keluarga Norish mendapat perhatian apabila memaklumkan bahawa mereka kini berada dalam situasi yang sukar akibat masalah kewangan.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada Norish bersama anak-anaknya.

Mereka kemudiannya dijemput menjadi hos siaran langsung untuk mempromosikan produk perniagaannya.

Nasihat netizen

Sumber: Threads