
Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir sekali lagi mencuri perhatian apabila menerima satu komen yang menghalangnya membawa anaknya, Assara Adama Camara pulang ke kampung suaminya di Afrika.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila Amir Bidas Netizen Pertikai Guna Loghat Kedah Cakap Dengan Anak – ‘Suka Hatilah Nak Cakap Bahasa Apa’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Dua Bulan, Nak Tengok Muka Baby’ – Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen, Mahu Elak Penyakit Ain
‘Jangan bawa baby…’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Afilah Amir Rusdi memuat naik tangkap layar komen individu tidak dikenali berkaitan anaknya.
Dalam komen tersebut, individu itu menyuarakan kebimbangan terhadap anak kecil itu dan berpesan supaya Fila tidak membawa anaknya pergi ke Afrika.
Adik, kalau pergi Afrika jangan bawa anak. Ingat.
Takut keluarga Adama (suami) ada niat tidak baik. Jangan bawa anak pergi sana, jaga-jaga.
Fila yang dilihat sudah lali dengan kecaman dan kritikan hanya membalas satu perkataan terhadap komen tersebut.
Mereng.
Sumber: Instagram








