Teka teki mengenai siapa peserta program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) musim ke-9 akhirnya terjawab, semalam. Ternyata barisan peserta kali ini sangat wow dan hebat!
Artikel berkaitan: Jaclyn Victor, Shila Azmah & Tomok Antara 13 Bintang Yang Bakal Berentap Di GV9
Berikutan daripada pengumuman tersebut, rata-rata netizen berpendapat segelintir peserta tidak patut masuk pertandingan seperti itu. Antara nama yang dikatakan tidak perlu menyertai program Gegar Vaganza kali ini ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok. Kenapa?
Shila Amzah baru keluar single baru
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Shila Amzah bukan peserta yang sesuai untuk masuk program hiburan tersebut. Ini kerana, dia baru sahaja melancarkan single terbarunya iaitu ‘Khilaf Asmara’ dan ‘Bahagiakan Dia’ bersama Liza Hanim.
Bukan itu sahaja, anak kepada penyanyi, ND Lala ini turut memenangi pelbagai pertandingan sejak belakangan ini tidak kira dalam mahupun luar negara. Oleh itu, netizen tidak bersetuju sekiranya Shila berentap dengan artis-artis senior yang lain. Tambah netizen, kenapa bukan ayahnya yang menyertai program tersebut dan membuat ‘come back’.
Selain Shila, netizen turut mempertikai perkara yang sama mengenai Tomok. Ini kerana, vokalis kumpulan New Boyz itu baru sahaja melancarkan lagu terbaru iaitu ‘Sudah Tak Cinta’.
Ni dah level Tokti kot
Sebut sahaja nama Jaclyn Victor, sudah pasti ramai yang kagum dengan kehebatan vokalnya. Sepanjang kariernya, Jaclyn sudah meraih 20 anugerah. Berikutan daripada itu, netizen mendakwa Jaclyn tidak layak menyertai program Gegar Vaganza. Netizen turut berkata ‘level’ Jaclyn Victor sudah berada di tahap profesional. Bahkan, pelantun suara ‘Gemilang’ itu sesuai menjadi juri berbanding peserta.
Namun begitu, warganet yakin pertandingan kali ini akan jadi lebih menarik kerana semua peserta memiliki kekuatan vokal yang hebat.
Sumber: Instagram