Personaliti media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya menyorot perhatian ramai selepas menghadiahkan wang tunai dan jam berjenama mewah kepada suaminya.

Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Hampir Dibuang Sekolah Kerana Lawan Pembuli – ‘Dia Anak Ketua PIBG, Cakap Saya Makan B*bi’

Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Tak Kisah Produk Sabun Pemutih ‘Ditiru’ Pengusaha Lain – ‘Maknanya Formulasi Saya Berkesan’

Hadiah untuk suami

Menerusi hantaran di Threads, Shaniena memuat naik foto jambangan wang tunai dan seutas jam berjenama Rolex sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya.

Beri suami saya jambangan wang dan RootBeer (jam).

Doakan saya selalu dimurahkan rezeki.

Dia berhak untuk dapat kerana sering menyokong saya dalam apa juga yang saya lakukan.

Bukan fake

Bagaimanapun, terdapat seorang warganet yang menyoal tentang ketulenan jam tersebut berikutan sering melihat Shaniena membeli barangan tiruan.

Ni Rolex tiruan ke? Sebab awak selalu beli beg tangan tiruan.

Shaniena kemudian tampil menjawab komen itu dengan menunjukkan bukti bayaran jam tersebut yang berharga puluhan ribu ringgit.

Tak mahal, RM75k sahaja.

Sumber: Threads Shaniena Natasya