

Pelakon Elisya Sandha tampil bersuara selepas netizen mempersoalkan tabiatnya yang suka memegang perut ketika kehamilan kedua.
Artikel Berkaitan: ‘Kakak Kenal Suami Saya Dari Kecil, Dia Dah Anggap Macam Adik Sendiri’ – Elisya Jawab Isu Fasha Sandha Peluk Adik Ipar
Artikel Berkaitan:
‘Kenapa suka pegang perut’

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkongsi gambarnya memegang perut ketika majlis pengumuman jantina anak di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.
Ada orang komen, ‘kenapa suka pegang perut, tahulah mengandung’.
Suka hati sayalah, perut saya bukan perut awak, faham? Penat nak beritahu.
Elisya berkata demikian selepas sering mendapat soalan berkaitan tindakannya yang suka memegang perut ketika bergambar.
Jelas Elisya, dia penat untuk menjelaskan setiap tindakan yang dibuat kepada orang ramai.
Terdahulu, Elisya mengumumkan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi adalah lelaki.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada Ogos 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram








