berita

Netizen Persoalkan Solat Ketika Cabaran ‘Ironman’, Ini Jawapan Alif Satar

October 30th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini, kejayaan Alif Satar menamatkan Ironman Langkawi 2019 menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya memuji selebriti itu wira sebenar. Bayangkan Alif berjaya menamatkan cabarannya yang lebih 220km dalam hanya 15 jam 5 minit.

Walau bagaimanapun, seorang netizen mempersoalkan bagaimana peserta acara itu menunaikan ibadah wajib memandangkan tempoh yang diambil agak lama. Ini jawapan Alif sendiri.

Berjaya menamatkan larian dalam 15 jam

What an amazing feeling.. can’t wait to share my story to you guys soon. Terima kasih semua yang datang support.. bagi semangat sepanjang Pantai Cenang. i’m sorry kalau your sorakan tak terbalas.. was in a really bad shape mentally. Alhamdulillah made it through.. probably the craziest thing i’ve ever done. 3.8km swim…180km cycling.. and a 42km run.. all in 15 hours 5 minutes and 49 seconds. p/s Tony Stark is not Ironman… i am #IronmanLangkawi2019

Perkongsian Alif menerima pujian ramai termasuk rakan-rakan artis yang bangga dengan kejayaan diperolehi. Kalau sebelum ini, penyanyi lagu ‘Sesungguhnya Aku’ ini pernah menyertai pertandingan ini, namun dalam cabaran yang berlainan jarak.

Untuk tahun ini, Alif menyertai cabaran penuh untuk Ironman Langkawi 2019. Namun tak sangka pula ada persoalkan mengenai solat.

Solat kat mana ye?

Ada ruang solat di transition 2 (bike to run). Bila ambil wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol. Penganjur Ironman sediakan ruang khas untuk atlet Muslim.

Alif  menjelaskan bahawa pihak penganjur memang ada menyediakan ruang khas sebagai kemudahan solat untuk semua atlet yang beragama Islam di antara cabaran kedua dan ketiga. Malah katanya lagi, terdapat juga beberapa sukarelawan yang membantu urusan mereka di sana.

Respon netizen

Dalam pada itu, Dr. Khairul Hafidz menerusi twitter miliknya turut berasa agak terkilan apabila soalan yang dilontarkan kepada Alif. Beliau juga berharap agar masyarakat menjadikan Alif sebagai contoh kerana mengamalkan gaya hidup sihat.

Patuh dipuji dan dicontohi

Sumber : Alif Satar, Khairul Hafidz

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×