berita

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pertikai Penajaan Kelahiran Anak Rozita Che Wan

October 17th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-17 at 10.23.24 AM

Industri hiburan digemparkan dengan berita mengenai selebriti popular Rozita Che Wan yang khabarnya mendapat tajaan bersalin kelas pertama daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, lewat petang semalam.

Dek kerana itu, ramai yang melahirkan rasa tak puas hati kerana semua sedia maklum bahawa Rozita Che Wan mempunyai kemampuan untuk membayar bil hospital tersebut.

Bukan apa, rasanya tak ada yang dengki pun dengan pasangan ini, cuma apa yang disuarakan oleh SAMM dan netizen ini ada benarnya.

Screen Shot 2014-10-16 at 11.25.23 PM

Kata mereka, ada ramai lagi orang yang mempunyai sakit kronik memerlukan tajaan untuk kos pembedahan dan rawatan.

Screen Shot 2014-10-16 at 11.02.29 PM  Screen Shot 2014-10-16 at 11.03.00 PM Screen Shot 2014-10-16 at 11.03.25 PM

Memetik laporan Malaysiakini, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor turut menyarankan pihak hospital mempertimbangkan kembali perkara tersebut.

..sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.

“Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang,” kata Hadzril, Penyelaras SAMM Johor.

Apabila dilihat daripada sudut positif, kami memahami tindakan KPJ menaja Rozita Che Wan kerana ia berkaitan dengan strategi pemasaran.

Apa agaknya reaksi Rozita Che Wan berkenaan isu ini ya?

Kredit Foto : Instagram Che Ta & Zain Saidin

SKIP THIS AD ×