Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat melalui perubahan positif dalam kehidupannya sejak mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Corak Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Meragukan, Mirip Kepala Kambing?

Artikel Berkaitan: Nora Danish Kongsi Pesanan Neelofa – ‘Selalu Doa Nak Masuk Syurga Allah’

Puji Neelofa

View on Threads

Menerusi satu komen di Threads, segelintir individu meluahkan pandangan bahawa Neelofa kini dilihat semakin jelas dalam menentukan hala tuju hidupnya.

Apatah lagi, kehidupannya kini dibimbing oleh suami yang sangat mendalami ajaran Islam.

Saya bukan peminat atau meminati Neelofa sebagai artis. Tetapi saya tidak menafikan bahawa dia antara wanita yang sangat bijak memilih pasangan hidup.

Neelofa tahu apa yang dia mahu dan arah tuju ke hadapan dalam menjadi seorang wanita muslim, dengan pimpinan dari seorang suami yang arif ke arah islamik.

Semoga mereka terus ke arah membina keluarga yang sakinah mawaddah.

Sebelum ini, seorang individu memuat naik hantaran yang memuji Neelofa kerana dia memberi inspirasi kepada wanita lain untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

Sumber: Threads