berita

Netizen Puji Suara Live Naim Daniel Memang Power. Dah Lah Pandai Berlakon!

May 10th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Bakat nyanyian yang ada pada Naim Daniel memang tidak dapat disangkalkan lagi. Penyanyi ini sering membuat cover lagu di Instagram sehingga mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini, penyanyi lagu Sumpah ini kembali mendapat perhatian dengan persembahan secara langsung di Meletop.

Bukan itu sahaja, Naim Daniel juga mampu mempamerkan lakonan yang berkesan menerusi drama berdiri Pia di TV3 sebagai remaja Orang Kurang Upaya (OKU).

Persembahan Live lagu Sumpah

Persembahan Naim Daniel di rancangan Meletop tempoh hari dapat perhatian ramai dengan alunan suara merdunya. Dia mempromosikan lagu terbaru nyanyiannya berjudul Sumpah dengan persembahan diiringi sebuah gitar.

Memang penyanyi berkualiti

Berlakon pun pandai

Selain nyanyian, lakonan hebat Naim Daniel sebagai remaja OKU dalam drama bersiri Pia di TV3 turut mendapat pujian ramai. Rata-rata kagum dengan bakat natural Naim ditambah pula apabila bergandingan dengan beberapa pelakon terkenal seperti Alif Satar, Zara Zya dan Sheila Rusly.

Lakonan Naim Daniel turut dipuji netizen akan bakat yang ada padanya. Memang tersentuh hati kami menonton drama ini.

Sumber: Youtube