Penampilan terkini pelakon antarabangsa, Henry Golding ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini telah menuai pelbagi reaksi wargamaya.
Artikel Berkaitan: Henry Golding & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung. Comelnya..
Artikel Berkaitan: Kenyataan Dianggap ‘Jahil’, Henry Golding Selar Bekas Miss Universe Malaysia Isu Rusuhan George Floyd
Penampilan terkini Henry
Menerusi sepotong video yang tular, Henry atau nama sebenarnya Henry Ewan Golding, 37, yang mengenakan baju berwarna putih sedang ditemu bual oleh wartawan.
Bagaimanapun, apa yang menjadi sorotan adalah imej anak kelahiran Sarawak itu yang kelihatan sangat berbeza dengan imejnya sebelum ini.
Wargamaya yang singgah ke ruangan komen berasa terkejut dan mengatakan Henry kelihatan sedikit berusia meskipun umurnya belum lagi menginjak 40 tahun.
Malah, wargamaya turut bertanya apakah yang berlaku kepada aktor itu sedangkan sebelum ini dia sentiasa berketerampilan segak dan kacak dalam mana-mana acara yang dihadiri.
Terdahulu, Henry telah tersenarai sebagai 10 lelaki terkacak di dunia menurut kajian saintifik kuno yang dikeluarkan pada tahun 2023.
Menerusi laporan Daily Mail, Henry tersenarai dalam kalangan lelaki terkacak dunia disebabkan bentuk dagu dan jarak antara mata yang unik sehingga menerima markah yang tinggi dalam kajian tersebut.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram