berita

Netizen Samakan Imej ‘Botak’ Syed Saddiq Dengan Watak Anime

December 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengotakan janji kepada rakyat Malaysia dengan membotakkan kepala selepas berjaya mencapai sasaran kempen #BotakChallenge.

Menerusi kempen tersebut, beliau menyasarkan untuk mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba untuk penduduk Muar yang memerlukan. Terbaik!

Terima kasih rakyat Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Terima kasih rakyat Malaysia. Target tercapai! Thank you @501Awani for hosting this session. Sincerely, Yang Botak Syed Saitama.

Menurut Syed Saddiq, dana yang ingin dikumpul oleh beliau sudah pun melepasi lebih daripada RM200 ribu dalam masa lima hari dan beliau harus menunaikan janji untuk membotakkan kepalanya. Menerusi live yang dikendalikan oleh Astro Awani, Syed Saddiq telah diguntingkan dan dimesinkan rambut oleh ibunya sendiri, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz terlebih dahulu.

Macam Saitama, Hagemaru dan Shin Chan

Di Twitter, nama Syed Saddiq menjadi trending sebaik sahaja beliau membotakkan kepalanya. Rata-rata netizen didakwa terkejut melihat imej baru bekas Menteri Belia dan Sukan itu. Tambah netizen, mereka mendakwa imej Syed Saddiq sama seperti watak saitama, shin chan dan hagemaru.

Meskipun didakwa sama seperti watak tersebut, terdapat segelintir netizen yang memberikan pujian mengenai imej terbarunya itu. Di samping itu, mereka turut kagum dengan beliau kerana mengotakan janji tersebut.

Sumber: Syed Saddiq & Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×