
Seorang individu meluahkan rasa hiba apabila menonton semula sebuah drama lakonan aktor Kamal Adli dan bekas isterinya, Uqasha Senrose.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sanggup Bayar’ – Kamal Adli Mengidam Ayam Goreng, Netizen ‘Beratur’ Nak Hantar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’
Tonton drama
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berkata, jika aktor tersebut melihat kembali gandingannya bersama bekas isteri pasti dia juga akan turut bersedih.
Kalau Kamal Adli tengok balik drama Setelah Lafaznya Akad mesti dia akan sedih.
Sebab aku tengah tengok sekarang dan aku rasa sedih.
Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, kemudian dilihat membalas ciapan tersebut dan mengakui dirinya juga merasai perkara yang sama.
Sedih, gila tak sedih.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak namun tetap memberi kata-kata semangat kepada Kamal supaya terus tabah menjalani ujian tersebut.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)