berita

Netizen Seronok Nampak ‘Baby Bump’, Puji Wajah Mira Filzah Makin Berseri

February 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas berbulan mengunci mulut, pelakon Mira Filzah akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil tujuh bulan.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama – ‘Usia Kandungan Akan Memasuki Trimester Ketiga Tidak Lama Lagi’

Artikel Berkaitan: Dapat Komen Negatif Sebab Muka Cengkung, Mira Filzah Cakap Berselera Ja Makan – ‘Saya Tak Kawal Langsung, Nikmati Macam-Macam Makanan’

Kongsi gambar pakai jubah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Terbaru, perkongsian Mira, 29, menghadiri undangan majlis perkahwinan teman rapat mencuri perhatian warganet di Instagram (IG).

Memuat naik foto bersama suami tercinta, Wan Emir Astar, Mira sedondon mengenakan busana berwarna ‘dusty nude pink’. Biarpun tampil bersahaja dengan jubah, penampilan pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman tetap memukau peminat.

Rakan artis & peminat teruja

Semestinya ruangan hantaran tersebut dipenuhi komen-komen wargamaya yang teruja melihat ‘baby bump’ pelakon drama Pujaan Hati Kanda yang semakin membesar.

Di samping itu, ada juga segelintir memuji kecantikan Mira yang makin berseri-seri sejak berbadan dua.

Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @mfmirafilzah

SKIP THIS AD ×