berita

Netizen Setuju Serum Ini Berkesan Bantu Masalah Kulit – Paling Penting Dah Diuji Secara Klinikal!

January 26th, 2024 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Buat sesetengah orang, masalah kulit ibarat sebuah kisah yang tiada penghujungnya. Macam-macam cara dan produk dah cuba tapi bukan main susah lagi nak capai kulit sihat dan berseri.

Sakit hati juga rasanya bila dah habis beratus ringgit bahkan boleh jadi beribu ringgit tetapi korang sikit pun tak ada perubahan. Kadang-kadang boleh jadi makin teruk pula :(

Antara punca kulit susah untuk sembuh

Ada banyak faktor yang mempengaruhi masalah kulit dan kebolehannya untuk sembuh. Antara punca utama adalah seperti di bawah:

Tak ada rutin konsisten

Mesti ramai yang boleh relate kan? Kerap sangat tukar produk sebab korang tak nampak kesannya dalam jangka masa pendek. Haa.. Jangan macam itu, sebenarnya kulit kita mengambil masa sekitar 28 hari untuk menghasilkan sel kulit baru.

Kena sabar sikit kalau nak tengok hasilnya okay? Janganlah pakai 2-3 hari dah nak tukar. Jika tiada tanda-tanda breakout apa kata cuba kekal dulu dengan penggunaan produk tersebut untuk jangka masa lebih panjang.

Guna terlalu banyak produk pada masa yang sama

Pengunaan terlalu banyak produk terutama sekali dengan kandungan bahan aktif  berlainan dalam satu rutin yang sama boleh menyebabkan kulit jadi lebih sensitif dan mudah rengsa.

Jadi, jika korang nak guna produk berasaskan bahan aktif yang berbeza-beza pastikan penggunaannya dijarakkan.

Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum gabungkan retinol & vitamin C –  Rawat masalah kulit dengan lebih berkesan

Ini cara paling mudah buat korang yang nak guna Retinol dan Vitamin C sekaligus, korang hanya perlukan satu produk sahaja iaitu Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum!

Serum ini dirumus dengan teliti dan mengimbangkan kepekatan bahan aktif Vitamin A (Retinol) bersama Vitamin C. Kedua-dua bahan disukat dengan kadar dos yang tepat agar ia dapat berfungsi secara sinergi dan saling melengkapi demi hasil yang optimum.

Ia juga diperhebat dengan teknologi advanced penetrating membolehkan bahan-bahan tersebut menembusi kulit secara mendalam. Jimat duit dan masa tak perlu dah nak guna banyak produk lepas ini!

Bahan-bahan utama lain dalam Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum:

  • 0.1% Retinol – Memperbaiki kulit kusam dan kasar, ia juga membantu meremajakan kulit agar terlihat lebih cerah serta berseri.
  • 5% Niacinamide – Pudarkan kesan jerawat dan bintik hitam untuk tona kulit yang lebih sekata.
  • 5% Vitamin C – Mencerahkan dan meratakan tona kulit, bahan antioksidan ini berupaya untuk menembusi kulit dengan berkesan bagi  mencerahkan dan meningkatkan keserian kulit.

Tapi, macam mana nak tahu kalau sesuatu produk itu benar-benar kaya dengan antioksidan? Mudah je! Korang hanya perlu titikkan serum ini ke dalam iodin dan ia akan berubah menjadi jernih dalam beberapa saat.

Lebih cepat ia bertukar jernih bermaksud lebih baik kuasa antioksidan di dalamnya. Power!

Pengguna kongsi di media sosial hasil perubahan dramatik dalam masa 14 hari – Kulit makin sihat dan cerah!

Ramai pengguna telah mencuba sendiri Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum dan rasai perubahan dramatik dalam masa 14 hari sahaja!

Bayangkan kulit makin sihat dan cerah dalam masa kurang sebulan! Seronok!

Nah kami kongsikan antara pengguna di media sosial yang berjaya rawat semula kulit mereka selepas menggunakan Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum.

Diuji secara klinikal, bebas alkohol dan paraben 

Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum diformulasi tanpa sebarang derivatif haiwan, alkohol, paraben, pewarna, pewangi, minyak mineral, silikon mahupun MIT.

Menjadikan ia produk paling ideal buat korang yang baru nak mula gunakan skincare dengan bahan aktif.

Paling penting, Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum telah menjalani ujian klinikal dan hasil menunjukkan 87% responden berjaya mencapai kulit lebih cerah. Malah, garis halus dan kedutan juga berkurangan.

Sementara sekitar 80% responden mengesahkan bahawa ianya sesuai buat kegunaan mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Jadi, korang boleh guna tanpa rasa risau!

Buat korang yang dah tak sabar nak cuba sendiri Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum, korang boleh dapatkan ia di mana-mana Watsons berhampiran atau pesan secara atas talian di Watsons, Shopee dan Lazada.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan promosi istimewa silakan layari laman web rasmi mereka di SINI atau ikuti Facebook mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×