berita

Netizen Sokong Kerajaan Beri Makanan Percuma Kepada Pelajar Mulai Januari Tahun Hadapan

August 26th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan, program sarapan percuma di sekolah akan dilancarkan untuk memberi kualiti sarapan terbaik kepada pelajar. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bagi program tersebut kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula yang dikenakan.

Terbaru, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menerusi Berita Harian mengumumkan program tersebut diberi kepada kesemua pelajar tanpa mengira pendapatan isi keluarga.

Sarapan percuma mulai 2020

Tambahnya lagi, di sebalik makanan percuma terdapat proses pendidikan sivik dan disiplin diterapkan secara tidak langsung kepada pelajar.

Kita bukan sahaja memberi makanan berkhasiat dalam membentuk generasi baharu yang sihat, malah mendidik anak-anak mengenai sivik dan disiplin.

Sebelum makan basuh tangan, lepas makan kena kemas. Mereka semua ini akan makan bersama guru.

Menteri Pendidikan ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok hari ini berkata, kesemua pelajar tanpa mengira pendapatan dapat menikmati makanan percuma ini, termasuklah sesi pagi dan sesi petang.

Ramai setuju

Menerusi ruangan balas di Twitter Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, pelbagai respon yang diterima daripada orang ramai. Ada yang menyokong penuh program tersebut tidak kurang juga yang mempersoalkan sarapan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa.

‘Pastikan sarapan berbaloi’

‘Satu niat yang murni’

Sumber : Berita Harian , Dr Maszlee Malik

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×