Nama pelawak Shuib menjadi bualan hangat di media sosial selepas netizen mula menghidu hubungannya dengan seorang usahawan yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Baju Sedondon Ke Konsert, Netizen Dakwa Watie Kekasih Shuib?
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Bercinta Dengan Watie, Shuib Kongsi Video Ziarah Pusara Siti Sarah – ‘Hanya Ada Ini’
Suara siapa tu?
@ainmintttttt? Tiba-Tiba Speed Up – liriklagu?
Tidak habis di situ, tular pula video yang memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatarbelakang suara gelak tawa lelaki.
Rata-rata netizen mendakwa suara di video tersebut adalah milik pelawak berumur 38 tahun itu.
Ubah kapsyen
Susulan itu, Watie dilihat mengubah kapsyen di video yang dimuat naik pada April 2019 dengan menafikan suara itu adalah pemilik nama Shahmira Muhamad.
Kata Watie, bapa kepada empat orang anak itu belum lagi terjebak dengan permainan golf pada ketika itu.
Yang datang dari TT (TikTok), untuk pengetahuan anda, bukan suara dia la. Zaman ini, dia pun belum mula main golf lagi.
Jadi, tolong. #takbaikfitnahorang.
Pada petang Ahad, tular video di TikTok yang dimuat naik oleh @farahana2506 mengenai pemakaian Shuib dan Watie yang sedondon ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lepas.
Selepas kecoh, Watie dilihat telah menutup ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert terbabit.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun satu bulan.
Sumber: TikTok @ainmintttttt & @iamwatie