berita

Netizen Tak Setuju Tindakan Wanita Ini Guna Duit Raya Anak Untuk Beli Lampin & Susu – ‘Ustaz Cakap Tak Boleh’

May 11th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bila bercakap tentang Hari Raya, antara yang paling dinantikan golongan kanak-kanak sudah tentulah duit raya yang mereka anggap sebagai ganjaran selepas berpenat lelah menahan lapar dan dahaga selama sebulan di bulan Ramadan.

Kebiasaannya, duit raya akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan mereka, selain dibelanjakan mengikut kehendak empunya duit raya, namun lain pula yang dikongsikan seorang wanita di laman TikTok yang telah mencetus debat netizen.

‘Mesti ganti balik’

Gambar sekadar hiasan

Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna dengan nama pengguna @princessyaya373, dia telah menggunakan duit raya anak-anaknya itu bagi membeli barangan keperluan bayi seperti susu dan lampin pakai buang. Melihat kepada tanda pagar ‘#twins’ yang digunakan, wanita tersebut dipercayai mempunyai sepasang anak kembar.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 1000 komen merangkumi pelbagai reaksi netizen yang berbalah secara lisan pandangan mereka mengenai hukum menggunakan duit raya anak untuk membeli barangan keperluan. Ada yang berpendapat bahawa duit raya anak sepatutnya disimpan, dan susu serta lampin pakai buang merupakan tanggungjawab ibu bapa.

Sekiranya ibu bapa menggunakan duit raya bagi tujuan itu, mereka wajib menggantikan semula duit tersebut.

Jika terdesak, lebih baik guna dari berhutang

Namun begitu, ada segelintir yang berkata bahawa lebih baik duit tersebut digunakan sekiranya ibu bapa sedang mengalami kesulitan dari segi kewangan, daripada ibu bapa perlu meminjam duit orang lain untuk membeli keperluan anak-anak.

Video

@princessyaya373

#twins

? suara asli – ?WILFEXBOR? – ?WILFEXBOR?

Sumber: Tiktok @princessyaya373

SKIP THIS AD ×