
Seorang individu menerima kecaman netizen selepas bangga mendedahkan dia mengambil dan membawa pulang kain napkin milik hospital semasa bersalin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadiah Hari Guru Bukan Kaleng-Kaleng, Ibu Bapa Beri Gelang Emas – ‘Saya Hargai Sebab Sentiasa Update Perkembangan Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lepas ‘Naik Angin’ Di Kaunter Pembayaran, Lelaki Ini Didakwa Buat Hal Dengan Rider Pula!
Bangga pula…

Menerusi perkongsian di Threads, netizen meluahkan rasa berang apabila individu itu mengaku perbuatan terkutuk itu dilakukan selama bertahun-tahun.
Kata netizen, tindakan itu adalah tidak wajar dilakukan oleh seseorang kerana bukan hak miliknya.
Dah empat tahun dia kata dia rembat napkin hospital. Katanya sejak beranak anak pertama, sampai anak kedua pun dah umur 9 bulan.
Memang tiada niat nak pulangkan ke macam mana? Orang kalau TER, mesti dah pulangkan.
Bukan sekejap masa empat tahun tu. Kasihan pekerja syarikat tu, silap-silap mereka yang kena ganti pakai duit sendiri.
Menurut individu yang mengambil napkin itu, kain tersebut mula diambil sejak kelahiran anak pertamanya.
Sekarang, anak keduanya sudah mencecah usia sembilan bulan dan kira-kira empat tahun kain napkin itu disimpan olehnya.
Malah, individu tersebut turut memuji kain itu dengan menyifatkan ia sangat lembut dan tahan lasak.
Perkongsiannya itu kemudian menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

