berita

Netizen Terhibur Cara Sharifah Sakinah Hiburkan Anak Sakit

February 12th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Baru-baru ini pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka berkongsi gambar dan video di laman Instagram bersama anaknya, Anais di hospital. Video yang dimuat naik lebih kurang seminit itu telah menjadi perhatian peminat apabila Sharifah Sakinah cuba menghiburkan anaknya yang sedang sakit.

Pelakon ini menghiburkan Anais sehinggalah kanak-kanak tersebut ketawa. Netizen turut memuji cara Sakinah menjaga dan menghiburkan anak yang kurang sihat ketika itu.

Pura cendana di hospital

View this post on Instagram

Hari ni tema hospital 1950. Esok 70s

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Korang masih ingat lagu Pura Cendana dalam salah satu babak drama Girlfriend Aku Dari Neraka? Suatu ketika dulu babak dan lagu ini pernah trending di media sosial. Tapi kali ini Sakinah menghiburkan Anais menggunakan lagu ini pula. Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut kelihatan riang setelah dihiburkan ibunya.

Jadi ‘badut’ hiburkan anak

Kadang-kadang kita juga mengguna pelbagai cara hiburkan anak untuk mengembirakan hati mereka tatkala mereka kurang sihat. Pelakon ini menjadi ‘badut’ demi menceriakan anaknya. Pelbagai kaedah dan ekspresi yang diguna untuk melihat Anais mengukir senyuman. Walaupun video ini dirakam dalam mood senyap, namun, peminat tetap terhibur dengan aksi lucu Sakinah.

Dapat mak gila macam ni

 

Ketika peminat sibuk menghantar komen untuk mendoakan kesejahteraan Anais, ini pula komen lucu kakak kepada Sakinah, iaitu Shiera. “Ko boleh pergi bilik anak-anak yang lain jadi badut…”  yang dihantar di ruangan komen video tersebut, sangat menjadi  perhatian netizen. Memang kelakar anak-beradik ini bergurau.

Credit: Instagram Sharifah Sakinah 

Most Read Today