berita

Netizen Terkejut Tengok Perubahan Bentuk Badan Aizat Amdan– ‘Makin Sihat Lepas Kahwin, Pandai Bini Jaga’

December 20th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, penampilan terbaru penyanyi terkenal Aizat Amdan di Konsert Rock’N Riuh di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort yang berlangsung baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Perubahan bentuk badan Aizat jadi tumpuan

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan penyanyi berusia 33 tahun ini yang memakai jaket berwarna merah dan berseluar jeans dilihat berada di bawah pentas sambil menyanyikan lagu Hanya Kau Yang Mampu bersama para penonton.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah perubahan bentuk badan pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua itu yang agak berbeza daripada sebelum ini. Tak dinafikan, perubahan tersebut mengejutkan netizen dan mereka mendakwa bentuk badan Aizat sudah kembali kepada asal iaitu seperti mula-mula dia memasuki rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima.

Namun ada dalam kalangan mereka berpendapat perubahan fizial Aizat disebabkan dia sedang bahagia melayari alam perkahwinan bersama isteri tercinta. Tidak kurang juga ada segelintir netizen meluahkan rasa kecewa dengan perubahan tersebut dan berharap agar Aizat kembali menjaga pemakanannya supaya dapat memiliki bentuk tubuh yang ideal.

Video

Komen netizen

Sumber: TikTok Ameersyh

SKIP THIS AD ×