berita

“New Us, New U” Antara Pembaharuan Dibuat Oleh Magicboo Untuk Korang, 100% Jenama Import!

August 6th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Ditubuhkan sejak tahun 2001, Magicboo merupakan peneraju dalam bidang kecantikan selama 19 tahun di Malaysia dan Singapura dengan lebih 50 cawangan. 19 tahun dalam bidang kecantikan, Magicboo dahulunya adalah pengedar dan pemborong barangan kecantikan dan kelengkapan salon rambut.

Namun begitu, demi memenuhi permintaan tinggi pasaran dari pengguna, Magicboo kini mengimport lebih 6,000 produk kecantikan berkualiti tinggi daripada jenama-jenama terkemuka luar negara. Antaranya dari United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Denmark, Turki, Poland, Australia, Korea, China dan banyak lagi. Harga pun lebih berbaloi tanpa pihak ketiga, sebab produk-produk ini diimport terus oleh Magicboo daripada kilang pembekal.

“New Us, New U” tagline baru Magicboo!

Magicboo kini tampil dengan tagline terbaru mereka iaitu “New Us, New U”, selari dengan pembaharuan yang mereka lakukan dari segi jenama import, jenama produk, pilihan produk, kegunaan produk, promosi produk dan banyak lagi khas untuk pengguna.

Pembaharuan oleh Magicboo kali ni lebih menarik. Mereka membawa masuk 26 jenama import untuk pilihan pelanggan. Kalau korang berbelanja minimum RM100, boleh percuma jadi ahli seumur hidup. Dapat la korang enjoy promosi eksklusif sebagai ahli yang tak terhingga, PWP (Purchase With Purchase) dan diskaun tambahan 10% sewaktu bulan kelahiran korang. Seronok!

Paling best, hampir 100% produk yang dipasarkan ialah produk-produk import, di mana 80% daripadanya ialah produk penjagaan wajah,tubuh badan dan rambut yang diimport daripada Eropah, Australia dan Korea

Ruhainies duta Magicboo!

Siapa je tak kenal dengan pelakon manis, Ruhainies. Memiliki 1.4 juta follower di Instagram, Ruhainies juga telah mendapat beberapa pengiktirafan  sebagai pelakon antagonis dalam Anugerah Drama Festival 2016 tau.

Pernah bekerjasama dengan jenama terkemuka dunia seperti Huawei, Universal Traveller, pemilihan Ruhainies sebagai duta Magicboo cukup signifikan untuk memperkasakan lagi Magicboo dalam pasaran negara.  Kami pun rasa yakin dengan Magicboo bila tahu Ruhainies ialah dutanya.

Dengan penampilan Ruhainies, Magicboo berharap dapat merealisasikan “New Us, New U” untuk jadikan korang sebagai orang baru dengan penampilan baru. Hiasan kedai pun lagi ceria sekarang. Baru ada feeling baru. Gittew.

Range produk yang lebih besar untuk korang!

Selain itu, Magicboo juga menawarkan range produk yang lebih luas bagi produk penjagaan wajah, produk penjagaan tubuh badan, produk penjagaan rambut dan produk penjagaan rumah demi memenuhi keperluan pelanggan.

Bagi produk penjagaan wajah, tak kisahlah korang memiliki kulit jenis apa pun, Magicboo pasti ada produk yang sesuai untuk korang. Mereka juga menawarkan pembersih wajah, ampoule, BB/CC krim, skrub, krim mata, pembersih mekap, sun screen, toner, water spray, pelembap bibir, facial mask, pelembap wajah, serum dan banyak lagi.

Mereka juga ada lebih banyak pilihan produk penjagaan tubuh badan. Ini termasuklah krim mandian, body mask, body mist, body oil, skrub, produk penjagaan tangan dan kaki, produk penjagaan intimasi, essential oil, manicure & pedicure, pelembap kulit, losyen dan produk pelangsingan.

Di samping itu, range produk penjagaan rambut dan produk rumah juga telah diperbanyakkan. Korang boleh dapatkan shampoo, perapi rambut, mask rambut, minyak rambut, gel rambut, pewarna rambut dan banyak lagi pilihan produk. Ada banyak jenama pulak tu. Best sangat!

Produk penjagaan rumah pun ada lebih banyak pilihan sekarang. Paling menarik, jenama Eco Clean merupakan organik dan 100% Vegan, dia menggunakan bahan-bahan semula jadiseperti essential oil dan bebas bahan kimia. Korang nak apa? Semua ada… Antaranya sabun pembersih pinggan mangkuk, pembersih kaca, pembersih dapur, sabun basuh baju, pembersih serbaguna dan pembersih tandas pun ada.

“New Us, New U” Promosi bulan Ogos, magical deal special gila dengan diskaun sehingga 50%

Sempena pembaharuan tagline Magicboo iaitu “New Us, New U”, mereka ada diskaun istimewa untuk online dan retail. Diskaun sehingga 50% ni memang tak boleh tolak langsung la!

Beli produk kecantikan di Magicboo Shop Online, ada promosi menarik!

Selain kedai, Magicboo juga menjual lebih 500 produk di online website mereka iaitu www.magicboo.com.my. Lagi best, korang boleh dapat free delivery kalau berbelanja minimum RM60 ke atas. Pakat la dengan family atau member korang.

Kami bagi korang usha sikit kat gambar bawah ni. Macam menarik!

Magicboo juga ada di Lazada & Shopee

Zaman sekarang kan di hujung jari. Ramai yang suka beli barang secara online. Magicboo pun tak ketinggalan. Korang juga boleh dapatkan produk Magicboo di Lazada & Shopee. Kami nak borong nanti. Korang bila lagi?

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai Magicboo, korang boleh klik link di bawah:

Website: Magicboo

Facebook: Magicboo Beauty Malaysia

Instagram: @magicboobeauty

SKIP THIS AD ×