berita

‘Ngerinya Tengok!’ – Aksi ‘Phoenix’, Gadis Bertudung Ahli Gusti Profesional Pertama Malaysia Jadi Perhatian

July 8th, 2019 | by faris
Kini Trending

Sukan gusti selalunya dikaitkan dengan kaum Adam memandangkan sukan ini memerlukan kekuatan fizikal dan ketahanan berhadapan ‘musuh’ yang cukup mencabar kudrat. Siapa sangka seorang gadis bertubuh kecil molek boleh berkecimpung dalam bidang ini dan mula meningkat naik dan diterima baik peminatnya.

Raih gelaran Wrestlecon Champion Malaysia Pro Wrestling

https://www.instagram.com/p/Bzmtu01A2Ug/

Dikenali dengan nama samaran ‘Phoenix’, Nor Diana yang berusia 19 tahun ini baru sahaja memenangi gelaran Wrestlecon Champion Malaysia Pro Wrestling (MYPW). Mungkin ramai yang tidak tahu Diana merupakan ahli gusti bertudung pertama di Malaysia dan mungkin juga di dunia, setelah mula masuk gelanggang 3 tahun lalu.

Sebelum ini Diana tampil dengan imej bertopeng sebelum membuat keputusan menunjukkan dirinya yang sebenar  pada 2018. Terkini, dia bertarung dengan peserta Jepun, Emi Sakura.

Mulanya takut apa kata orang ramai

Ujar Diana, dia pernah menyimpan impian untuk tidak bertopeng namun pada mulanya risau untuk menampilkan diri sebenar kerana memikirkan pandangan orang ramai terhadapnya.

Saya memang nak bergusti tanpa perlu memakai topeng, tapi takut pada cakap-cakap orang berkenaan wanita bertudung bergusti.

Sebenarnya semuanya satu kejutan. Mereka maklumkan sebulan sebelum acara yang saya perlu buka topeng. Tak sangka ianya secepat ini dan saya juga tak beritahu saya mahukannya.

Ramai terkejut pada penampilan pertama

Tambah Diana lagi, ketika buat pertama sekali tampil tidak bertopeng, ramai yang terkejut dengan identiti dirinya yang rupanya seorang gadis bertudung.

Pertarungan pertama saya buka topeng di Singapura di SPW: Ladies Night (Singapore Wrestling). Ketika nama Phoenix diumumkan, ada segelintir terkejut yang saya sudah tidak bertopeng dan juga bertudung. Saya mengejutkan ramai orang, sejak itu, tak lagi bertopeng ketika bertarung.

Tangkas di gelanggang

https://www.instagram.com/p/Bv5aQfaHn0t/

Sumber: The SunNordianapw

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×