berita

Ni Kegunaan Sebenar Tali Pusat Bayi Baru Lahir Yang Tak Ramai Tahu, Jangan Main Buang Je

August 7th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

pasangan berunding dengan pihak CryoCord

Tahniah, puan dah pregnant!

Rezeki anak ni tak sama pada semua orang. Ada yang cepat, ada yang lambat. Pada korang yang akan menimang cahaya mata tahun ni, kami ucapkan tahniah ya. Tak payah sorok la. Nampak sangat muka bahagia korang tu.

Korang yang bakal menyambut kelahiran bayi ni, dah fikir nak buat apa dengan tali pusat bayi tu? Takkan nak buang je. Korang patut pertimbangkan keputusan untuk simpan tali pusat bayi korang sebab berguna untuk masa depan tau. Ni kegunaannya..

Fakta sebenar tentang darah tali pusat bayi baru lahir

tali pusat bayi

Darah tali pusat adalah darah tersisa dalam tali pusat dan uri bayi selepas bayi lahir. Ia kaya dengan sel stem, sel utama yang membentuk sel-sel lain, tisu dan organ tubuh manusia. Sel stem ni terbahagi kepada dua, iaitu sel stem Hematopoietik dan sel stem Mesenkimal.

Jangan ingat darah tali pusat ni sama macam darah biasa tau. Lain okay. Darah tali pusat bayi ni tidak matang dan tidak terdedah kepada persekitaran. Sebab tu ia dipanggil sel stem primitif. Ingat tu.

Korang pernah terfikir yang darah tali pusat ni sebenarnya boleh selamatkan nyawa seseorang? Nampak macam biasa, tapi darah tali pusat ni sebenarnya ada banyak kegunaan tau. Meh sini kami bongkarkan kegunaannya kat korang.

Berguna untuk merawat penyakit berbahaya, serius la?

Kalau dulu, tali pusat biasanya dibuang sebagai sisa perubatan selepas bersalin. Hari ni, sel stem telah menjanjikan potensi yang besar dalam perubatan regeneratif. Kemajuan teknologi terkini dah menunjukkan keistimewaan darah tali pusat yang berupaya merawat hampir 80 jenis penyakit di seluruh dunia. Kagumnya!

Sel stem Hematopoietik boleh rawat penyakit berkaitan darah seperti leukemia, anemia sel sabit, talasemia dan gangguan sistem imun. Kalau sel stem Mesenkimal pulak, boleh rawat penyakit berkaitan otot dan saraf seperti sakit jantung, kencing manis, alzheimer, sirosis hati, retina dan lain-lain. Tak sangka berguna!

Boleh melindungi keluarga di masa depan

Sekarang mungkin korang tengok anak korang lahir dengan sihat. Macam mana bila diorang dah besar nanti? Anak-anak korang boleh terdedah kepada sebarang kemungkinan dan risiko masalah kesihatan. Lagi-lagi kalau dapat penyakit berbahaya. Risau la pulak.

Teknologi sekarang kan dah semakin canggih. Kini korang dah boleh menyimpan darah tali pusat bayi untuk kegunaan masa depan. Andai kata anak korang menghidap penyakit berbahaya suatu hari nanti, darah tali pusat ni akan tolong dalam rawatannya. Wow!

Nak tahu betapa bagusnya menyimpan darah tali pusat ni? Bukan setakat untuk bayi tu je. Kalau ada ahli keluarga yang menghidap mana-mana penyakit berbahaya, ia boleh bantu jugak. Padanan darah tali pusat ni adalah sebanyak 50% untuk ibu bapa dan 25% untuk adik-beradiknya. Bagus kan?

Darah tali pusat ni bukan najis ke? Boleh ke guna?

Islam benarkan perpindahan darah dan pendermaan organ daripada seorang kepada seorang yang lain. Walaupun darah tali pusat ni pada asalnya najis, tapi Islam tidak menghalang penggunaannya bagi tujuan perubatan. Ia tergolong dalam perkara darurat di mana hukumnya adalah harus. Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, boleh rujuk website  JAKIM. Jadi tak perlu risau nak guna darah tali pusat lepas ni okay?

Peluang menyimpan darah tali pusat hanya sekali seumur hidup, guna sebaiknya

Secara umum, ada dua punca sel stem iaitu daripada tulang sum-sum dan tali pusat bayi baru lahir. Nak cari sel stem daripada tulang sum-sum yang sepadan sepenuhnya tu agak susah. Kena tunggu pulak tu. Sebab tu korang kena la simpan darah tali pusat bayi korang!

Tapi nak simpan kat mana? Korang tak payah pening-pening. Kat sini kami kongsikan satu tempat untuk korang simpan darah tali pusat bayi korang. Serius selamat dan berguna untuk masa depan.

Simpan darah tali pusat di CryoCord, bank sel stem utama di Malaysia yang terbaik!

Teknologi sains perubatan dah semakin maju. Ingat lagi apa yang kami bagitahu sebelum ni? Penggunaan sel stem daripada darah tali pusat ni bagus untuk merawat penyakit berbahaya. Sekarang, kita dah ada institusi yang menyimpan darah tali pusat bayi di Malaysia, iaitu CryoCord!

Kalau korang nak tahu, CryoCord ada makmal yang betul-betul canggih! Lagi menarik, ia merupakan makmal pertama di Malaysia yang disahkan dengan status cGMP. Status ini dianugerahkan oleh NPRA(BPFK), sebuah badan dari Kementerian Kesihatan. Bukan calang-calang la.

Korang pasti akan puas hati dengan perkhidmatan di CryoCord. Berfungsi sebagai bank darah tali pusat, CryoCord menjanjikan keselesaan dan keselamatan untuk korang simpan darah tali pusat kat sini. Diorang offer  harga paling minimum untuk korang simpan selama 21 tahun tau.

Bayi tak sakit ke nanti?

Haa.. Jangan tak tahu! Pengumpulan darah tali pusat adalah mudah, cepat dan tidak menyakitkan. Para profesional perubatan yang terlatih akan menjalankan proses dalam masa 5 minit. Tak ganggu proses kelahiran bayi korang pun. Syoknya!

CryoCord juga telah dinobatkan sebagai Best Stem Cell Bank  oleh Baby Talk Magazine  selama 8 tahun berturut-turut. Memang terbaik! Lagi menarik, ada artis yang dah simpan darah tali pusat bayi di CryoCord. Siapa? Korang mesti surprise  kalau dapat tahu ni.

Rupanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun simpan darah tali pusat bayinya di CryoCord la

Dato' Sri Siti Nurhaliza, duta CryoCord

Tak sangka pulak. Rupa-rupanya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun simpan darah tali pusat bayinya di CryoCord. Kami pun baru dapat tahu ni. Bukan tu je. Ada jugak artis lain yang menyimpan darah tali pusat bayi kat sini. Antaranya Datuk Lee Chong Wei, Sazzy Falak, dan lain-lain. Fuh!

Kami nak kongsi story  sikit. Sebenarnya ada individu yang berpengalaman dalam menggunakan darah tali pusat ni untuk merawat penyakit anaknya. Kisahnya memang menghayat hati. Jatuh air mata beb. Ni dia..

Kisah benar, darah tali pusat adik selamatkan nyawa kakak yang menghidap thalasemia

https://www.facebook.com/CryoCord/videos/1560791290640851/

Hati seorang ibu, Zieti Atiyyah Zakaria, atau lebih mesra dipanggil Zieti menjadi kosong apabila doktor mengesahkan anak sulungnya, Puteri Lya Irdina menghidap penyakit thalasemia major. Melalui keputusan ujian doktor, Zieti dan suaminya, Mohd Hanis Hamdi disahkan mempunyai minor thalasemia.

Lebih tragis, Zieti sedang hamil anak kedua pada waktu tu. Dalam kesibukan menguruskan Irdina yang perlu membuat pemindahan darah setiap bulan dan menjaga kandungannya, Zieti terbaca suatu info tentang proses penyimpanan darah tali pusat yang boleh merawat penyakit serius.

Suami Zieti terus menghubungi CryoCord, syarikat yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan sel stem. Setelah berunding, Zieti yang tengah hamil ketika tu terus membuat keputusan untuk melakukan penyimpanan darah tali pusat bagi bayi yang bakal dilahirkan, iaitu Puteri Dya Eryna.

Siapa sangka? Darah tali pusat daripada adik Eryna boleh menyelamatkan nyawa kakaknya, Irdina. Zieti dan suaminya pada ketika tu berasa syukur yang teramat. Setelah Irdina berusia empat tahun, Irdina kembali sihat. Kini dia sudah boleh ke sekolah bersama adiknya, Eryna.

Simpan la darah tali pusat. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan. Duit boleh dicari, tapi kesihatan anak tiada galang ganti.

– Zieti –

Kata-kata yang sangat deep  dan menghayat hati bukan? Korang yang bakal bersalin nanti, buat keputusan sebaik-baiknya. Bincang dengan suami elok-elok untuk simpan darah tali pusat di CryoCord. Korang mesti sanggup buat apa je demi anak korang kan?

Macam mana nak daftar untuk simpan darah tali pusat di CryoCord?

https://www.facebook.com/CryoCord/videos/522648428245115/

Sebelum tu, korang kena buat temu janji dengan perunding CryoCord dulu. Boleh hubungi talian hotline CryoCord 1800-88-3300. Korang jugak boleh pergi ke laman web CryoCord di www.cryocord.com.my dan tinggalkan nombor contact  korang. Diorang akan hubungi korang pada hari bekerja seterusnya!

Masa daftar nanti, korang kena buat pembayaran awal tau. Tu sebagai tanda korang setuju ambil pelan sel stem yang mereka sediakan. Harga pelan berbeza. Ikut korang la. CryoCord ada pelan bayaran ansuran yang mudah dan berpatutan jugak. Bagusnya! Korang boleh follow Facebook Page dan Instagram CryoCord ya.

Jangan lupa bagitahu sekali kat family  atau member  korang yang bakal bersalin nanti untuk simpan darah tali pusat di CryoCord. Bukan apa, untuk masa depan anak diorang jugak. Diorang pun mesti berterima kasih kat korang nanti. Orang kata, sharing is caring!

Semoga info yang kami beri ni berguna untuk korang yang bakal menimang cahaya mata nanti. Harap anak korang membesar dengan sihat dan ceria ya!

SKIP THIS AD ×