
Pelakon dan model, Nia Atasha menepis dakwaan dia dan kekasihnya, Sky Iskandar tinggal sebumbung susulan tular video mereka melakukan konten bersama di aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nia Atasha Tidak Sorok Percintaan Dengan Sky Iskandar, Profesional Bekerja Tanpa Rasa Cemburu
Artikel Berkaitan: Nia Atasha Berpakaian Seksi Jadi ‘Cover’ Muka Hadapan Majalah Lelaki, Ramai Puji ‘Hot’ & Ucap Tahniah
Nia Atasha tak tinggal sebumbung
Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama Nia Atasha Rosli, 33, mengakui mereka merakam video di dikediamannya namun dia menegaskan bahawa dirinya hanya menetap seorang diri.
Tak pun, kami tak serumah. Tapi dalam video tu memang dia dekat rumah saya, kami buat TikTok sama-sama, itu sahaja.
Tapi saya cuma nak jelaskan, kami tak duduk sekali pun. Sebenarnya kami tinggal di taman perumahan yang sama, rumah dia dekat.
Meskipun pelbagai spekulasi dan komen negatif bertebaran di media sosial, namun Nia memilih untuk tidak mengambil pusing akan perkara tersebut.
Biasalah orang suka batu api kan? Tapi saya rasa saya dengan Sky jenis tak kisah sebab perkara itu tak betul.
Jadi tak ada rasa nak buat pengumuman atau penjelasan. Orang nak fikir apa, fikirlah sebab pada akhirnya, kita tahu perkara itu tak betul pun.
Nia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem lakonannya, Kata Hati yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa.
Menurut Nia, dia sudah terbiasa menerima komen negatif, justeru perkara seperti itu tidak meninggalkan kesan yang lama kepada dirinya.
Saya tak rimas sebab dah biasa. Masa modeling dulu pun saya dah biasa dengan komen orang. Jadi bila ada komen-komen begitu, saya tak layan sangatlah.
Impak negatif tak lama, saya rasa dalam seminggu saja. Lepas tu okay, saya masih bekerja seperti biasa.








