berita

Niat Campur Racun Biawak Dalam Gulai Ikan Sebab Nak ‘Bunuh’ Suami, Sekali Ibu Mertua Pula Yang Makan..

March 9th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas memakan gulai ikan yang dihidangkan oleh menantunya. Hal ini kerana, makanan tersebut dipercayai telah dicampur dengan racun biawak.

Masuk racun dalam gulai ikan

Foto: Tribunnews

Sebelum ini, ada laporan mengatakan bahawa suspek yang berusia 45 tahun itu dikatakan sengaja memasukkan racun ke dalam gulai ikan dan dihidangkan kepada ibu mertuanya selepas berang kerana sering dimarahi oleh mangsa.

Walaupun begitu, menerusi laporan terbaru daripada Tribunnews, suspek berasal dari Indonesia itu mendakwa sebenarnya dia mahu meracuni si suami tetapi tanpa diduga hidangan tersebut dimakan oleh ibu mertuanya yang berusia 61 tahun. Semasa menikmati masakan itu, mangsa secara tiba-tiba dia telah rebah dan tidak sedarkan diri. Mulut mangsa juga telah mengeluarkan buih sebelum disahkan meninggal dunia.

Suspek ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Selain mangsa, tiga ekor kucing peliharaannya juga ditemui tidak bernyawa di luar rumah. Penduduk setempat yang mengetahui tentang kejadian tersebut segera membuat laporan polis dan pihak polis telah menahan suspek. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memasukkan satu senduk racun biawak ke dalam masakannya untuk dihidangkan kepada si suami.

Difahamkan, suspek dikatakan berang kerana si suami sering memberitahunya bahawa dia mempunyai banyak isteri. Walaupun begitu, tiada sebarang keterangan lanjut berhubung isu terbabit. Jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman mati atau penjara selama 20 tahun.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×