Baru-baru ini viral di media sosial sebuah rakaman menyaksikan anak beruang matahari dikurung di dalam sebuah rumah jenis kondominium. Bagaimanapun, dipercayai seorang penyanyi rock, Zarith Sofia Yasin telah bertindak memelihara haiwan berkenaan di dalam rumahnya dan berjaya ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat.
Sehubungan itu, Zarith Sofia tampil memohon maaf atas tindakannya dan permohonan terbuka itu telah dibuat menerusi laman Instagramnya.
Aku jaga macam bayi
Zarith Sofia Yasin yang ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari itu mengakui tidak terdetik di hatinya untuk menyakiti haiwan berkenaan sebaliknya niat sebenar hanyalah untuk melindungi.
Tidak terdetik di hati untuk menyakiti, niat di hati nak melindungi tapi ini takdir ilahi takpe bruno, kita pasti berjumpa lagi. Aku bukan jenis bangun pagi ke kelab malam cari rezeki tapi kerana kau, aku jaga macam bayi sekali lagi ini takdir ilahi. Semoga bruno di rahmati.
Terima kasih atas segala teguran
Buat rakyat Malaysia yang dihormati, terima kasih atas segala teguran yang diberi. Harap saya dapat memperbaiki diri. Moga lebih berhati-hati. Ini juga takdir ilahi kerana saya insan sedar diri dan juga dengan rendah diri. Saya pohon sepuluh jari, maaf kan lah kekhilafan saya ini.
Terdahulu Zarith ditahan di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam pihak Perhilitan membuat pemeriksaan di rumahnya.
Zarith kemudian disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Sumber: Zarith Sofia