berita

Niat Lufya Nak Ambil Jadi Adik Beradik Haura Terbantut, Doa Agar Allah Lindung – ‘Tak Mudah Ini Bukan Warganegara’

September 10th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Ramai yang tertanya-tanya perkembangan mengenai kanak-kanak perempuan yang dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri di tempat awam.

Terkini, pelakon Lufya Omar memberitahu anak malang itu kini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Artikel Berkaitan: Video Lelaki Pukul Anak Bikin Netizen Geram, Tapi Anak Kecil Ini Sempat ‘Back-up’ Jangan Tumbuk Ayahnya

JKM tolong jaga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Berdasarkan tangkapan skrin yang dikongsikan di Instagram (IG), Lufya dimaklumkan bapa anak kecil itu sudah ditangkap pihak berkuasa.

Niat Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar ingin melawat dan berhasrat untuk mengambil sebagai anak angkat tidak kesampaian.

Menurut sumber yang dihubungi, prosedur yang perlu diharungi tidak mudah kerana anak perempuan itu bukan warganegara Malaysia dan perlu menunggu kes mahkamah selesai terlebih dahulu.

Sedikit info tentang adik Aisyah yang tular dipukul si ayah penagih dadah. Ayahnya telah ditangkap dan Alhamdulillah Aisyah di selamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi info penempatan aisyah dirahsiakan.

Moga dapat penjaga yang baik

Dalam pada itu, ibu kepada Laana Haura itu turut menitipkan doa agar anak kecil itu mendapat penjaga yang baik selain dipermudahkan Allah dalam urusannya.

Semoga Allah melindungi anak kecil yang tidak berdosa ini dan Allah anugerahkan penjaga yang baik untuk Aisyah. Semoga terpelihara agamamu, akhlakmu dan baik masa depanmu anak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut sependapat tidak mudah untuk urusan pengambilan anak angkat memandangkan Aisyah masih mempunyai waris.

Terdahulu, tular video Aisyah ditumbuk ayahnya sehingga terjatuh ke atas jalan. Apa yang memilukan adalah tindakan Aisyah yang menghalang saksi daripada menghubungi pihak polis.

 

Sumber: Instagram @lufyalaana

SKIP THIS AD ×