Sekadar gambar hiasan
Niat seorang wanita untuk membeli durian akhirnya ‘terkubur’ selepas penjual durian tersebut didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya. Pengalaman hitam yang dikongsikan oleh seorang wanita itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan penjual durian terbabit.
Minta servis seks, rupanya dah kahwin!
Menerusi perkongsian yang viral itu, wanita ini memaklumkan rakan serumahnya teringin untuk menikmati durian. Oleh itu, dia mula mencari individu yang menjual durian sebelum bertindak menghubungi penjual berkenana menerusi aplikasi WhatsApp. Pada awalnya, si penjual berkenaan tidak menunjukkan apa-apa tindakan yang mencurigakan.
Berdasarkan screenshot perbualan itu, mereka berdua hanya membincangkan mengenai harga durian dan masa penghantaran yang akan dilakukan oleh si penjual. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila si penjual ini tiba-tiba ‘bergurau’ tidak kena tempat dengan meminta izin untuk ‘tidur’ dengan pelanggannya itu. Lebih mengejutkan apabila individu ini sekali lagi meluahkan keinginnanya untuk mendapatkan ‘servis seks’ daripada wanita berkenaan.
Respon bekas isteri
Selepas posting tersebut viral di Twitter, ada segelintir netizen mula ‘menyiasat’ siapakah sebenarnya penjual tersebut. Namun, tidak lama selepas itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh lelaki terbabit sebenarnya sudah berkahwin. Mereka cuba menghubungi wanita yang dipercayai merupakan isteri si penjual itu untuk memaklumkan tentang perangai sebenar lelaki tersebut. Namun, wanita ini kemudian memaklumkan bahawa dia dan lelaki itu sudah bercerai dan dia juga tidak tahu perangai bekas suaminya seperti itu.
Berikutan daripada kejadian ini, orang ramai terutamanya golongan wanita dinasihati supaya lebih berhati-hati ketika berurusan dengan individu yang tidak dikenali.
Sumber: Twitter