Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila niatnya untuk membawa bekal makanan yang sudah siap dimasak tidak dibenarkan dibawa masuk ke Jepun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Zainuddin Menangis, Kongsi ‘Struggle’ Minta Restu Jadi Isteri Kedua – ‘Madu Minta Jaga Maruah Dia’
Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Nangis Netizen Ungkit Masa Silam, Perjelas Sebab Kongsi Video ‘Adik’ Azal
Tak lepas bawa masuk
Menurut Zarina, dia mahu berjimat semasa percutiaan kali ini. Namun, hasratnya itu terbantut kerana kebanyakan bekal yang dibawa tidak dibenarkan masuk ke negara berkenaan.
Saya punyalah gigih masak gulai ayam kampung, masak rendang daging dan ayam, daging blackpaper, gulai lemak daging salai dan ayam salted egg. Semua kena tahan selepas di declare, saya ingat lepas sebab semua saya simpan dalam satu kotak.
Yang lepas sotong salted egg dan kuah kari serta pulut kuning. Ingat nak jimat perbelanjaan sudahnya sedih! Nak bawa anak-anak berjalan tempat macam ini semua mahal. Mi segera lepas dekat sini.
Tambah Zarina, dia memilih untuk bercuti di Sapporo, Jepun kerana sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dengan anak-anak.
Tiket sudah tempah awal. Saya sudah berjanji dengan anak-anak dari dua tahun lepas sampai dia orang perli saya kerana selalu bawa bercuti ke Pangkor. Saya gigih kumpul duit main kutu nak bawa anak-anak berjalan, kalau tak memang tak merasa.
Berbicara lebih lanjut, Zarina memberitahu dia tidak membawa anaknya, Azil untuk percutian kali ini.
Kali ini perjalanan saya bercuti tanpa Azil dan abahnya. Dekat Jepun ini undang-undang lain macam tak boleh bising, tak boleh cakap kuat. Macam mana nak bawa Azil? Rindu pula Azil dan abahnya, nanti kita pergi Langkawi hujung bulan ini, Insya-Allah.
Sumber: Zarina Zainuddin