berita

Niat Nak Cari Rezeki Berniaga Di Lampu Isyarat, Tapi Kena Saman Pula

January 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat dan kaki lima seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini untuk meraih pendapatan tambahan. Tetapi lain pula kisahnya apabila beberapa peniaga telah dikenakan saman kerana menjalankan perniagaan di lampu isyarat.

Peniaga jeruk kena saman

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Facebook Polis Daerah Taiping memaklumkan bahawa beberapa pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Taiping telah mengeluarkan saman terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan di lampu isyarat. Hal ini kerana, ianya merupakan satu tindakan yang bahaya dan boleh mendatangkan risiko terhadap peniaga dan pengguna jalan raya.

Menurut sumber, eramai empat orang peniaga sudah dikenakan saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri dalam satu Ops Penjaja Jalanan yang dilakukan di sekitar pentadbiran IPD Taiping. Difahamkan, sudah beberapa kali para peniaga di kawasan itu sudah diberi peringatan dan nasihat supaya tidak meneruskan perniagaan mereka di lampu isyarat sebaliknya menggunakan kanopi untuk berniaga di jalan yang lapang. Tetapi ada di antara mereka yang masih berdegil dan tidak mengendahkan amaran oleh pihak berkuasa.

Respon netizen

Sumber: Polis Daerah Taiping

SKIP THIS AD ×