berita

Niat Nak Tanam Mayat Anak Belakang Rumah Terbantut, Jiran Buat Laporan Polis

February 22nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Motif seorang lelaki menggali lubang di belakang rumahnya akhirnya terbongkar, rupa-rupanya lubang itu digunakan untuk menanam mayat anaknya sendiri dalam satu kejadian di Jambi, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Duit Tak Cukup, Lelaki Bunuh Teman Wanita Sebab Didesak Ajak Kahwin

Tanam mayat anak dalam lubang

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribunnews, suspek yang berusia 44 tahun itu telah mencekik anak lelakinya, 12 sehingga mati. Selepas menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, suspek bertindak menggali lubang di belakang rumahnya bertujuan untuk menguburkan mayat anaknya.

Tetapi siapa sangka, tindakannya ketika itu dilihat oleh seorang jirannya, Sabli. Sabli mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan dia kemudian memasuki rumah suspek untuk memastikan tiada apa-apa perkara berlaku.

Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia melihat anak suspek terbaring kaku dalam keadaan tidak bernyawa. Sabli kemudian memanggil jiran tetangga dan membuat laporan polis.

Susulan daripada itu, suspek (bapa kandung mangsa) telah ditahan bagi membantu siasatan. Hasil siasatan awal mendapati, suspek disyaki membunuh anak kandungnya sendiri kerana berang mangsa enggan menetap di rumahnya dan bertegas mahu ke rumah ibu kandungnya (bekas isteri suspek).

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×