berita

Nikmati 4 Faedah Pada Peranti HUAWEI Baru & Muat Turun Aplikasi Dengan Cepat, Mudah & Selamat!

July 29th, 2020 | by Hanis Aliaa
Shout Out!

Korang pastinya suka kalau dapat panduan atau tips untuk sesuatu perkara. Haa, kali ini kami nak kongsikan panduan untuk korang yang menggunakan atau ingin menggunakan peranti daripada HUAWEI.

Ada 4 perkara penting yang perlu korang take note dan ianya dijamin dapat memberikan pengalaman paling awesome bila korang menggunakan mana-mana peranti HUAWEI.

Pelbagai kelebihan bila korang guna peranti HUAWEI

Selain dapat merasai pengalaman menggunakan peranti yang hebat, pengguna HUAWEI juga akan menikmati banyak faedah yang best tau. Antaranya ialah :

1. Percuma ruang penstoran

Korang dapat ruang penstoran bersaiz 50GB, 200GB atau sehingga 2,048GB* di HUAWEI Cloud selama sebulan. Ianya percuma untuk korang antara 1 Julai sehingga 31 Disember 2020*. Korang boleh menebus hanya dengan beberapa langkah mudah ni.

LANGKAH 1 : Pilih ‘Upgrade Storage’

LANGKAH 2 : Pilih saiz penstoran yang korang nak (50GB/200GB/2,048GB)

LANGKAH 3 : Klik ‘Buy’ > pilih ‘Next’

LANGKAH 4 : Pilih ‘Add bank card’, masukkan butiran kad bank korang

LANGKAH 5 : Klik ‘Confirm’ dan ruang penstoran HUAWEI Cloud korang dah pun ditingkatkan

2. Keahlian VIP eksklusif di platform penstriman video

Sebagai pengguna HUAWEI, korang juga dapat menikmati keahlian VIP eksklusif di TVB, Mango TV, VIU dan Dimsum. Semua ini percuma untuk 3 bulan* tau!

3. Belajar perkara baru melalui video dengan mereka yang pakar

Korang juga dapat belajar melalui 300 video pendidikan secara percuma di HUAWEI Academy. Video-video ini menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman seperti ah Goh Liu Ying, Peter Davis, Sangeeta, dan Syed Adney dalam bidang masing-masing.

Ini bertujuan untuk membantu penonton mengembangkan, mempertajam dan menguasai kemampuan korang dalam pelbagai bidang. Antaranya akademik, seni mempertahankan diri, futsal dan berbasikal.

4. Pelbagai ganjaran dan hadiah eksklusif dengan HUAWEI AppGallery

HUAWEI AppGallery bukan saja mempunyai banyak aplikasi kesukaan rakyat Malaysia, tapi ia juga selamat, senang dan senang digunakan. Paling syok, korang yang menggunakannya dapat menikmati pelbagai hadiah eksklusif.

Antara ganjaran terkini ialah cashback melalui aplikasi Penang Smart Parking. 10,000 pengguna pertama yang memuat turun aplikasi ini berhak menebus wang tunai RM5*. Cara nak tebus pun mudah je guys!

LANGKAH 1 : Muat turun aplikasi Penang Smart Parking melalui Petal Search Widget

LANGKAH 2 : Kemudian, pergi ke HUAWEI AppGallery dan pilih ‘Gifts’

LANGKAH 3 : Pilih ‘Claim’ kemudian ‘Copy’ kod

LANGKAH 4 : Buka aplikasi Penang Smart Parking, pilih ‘Reload’ > ‘Redeem Voucher’

LANGKAH 5 : ‘Paste’ kod dan klik ‘OK’

Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI AppGallery, korang boleh klik SINI.

Kami juga ada tips untuk korang!

Bagi meningkatkan lagi pengalaman dalam menggunakan peranti daripada HUAWEI, apa kata korang cuba 3 panduan awesome ini.

Tip 1: Muat turun aplikasi kegemaran korang dengan lebih cepat, selamat & mudah

Ada cara yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih mudah untuk memuat turun aplikasi yang korang mahukan pada peranti mudah alih HUAWEI korang. Hanya ikut 3 langkah mudah ini je!

LANGKAH 1 : Buka aplikasi Petal Search

LANGKAH 2 : Cari aplikasi yang korang mahu

LANGKAH 3 : Muat turun aplikasi tersebut

Korang juga boleh mencari aplikasi yang diingini tanpa perlu membuka aplikasi Petal Search pun. Cukup sekadar korang install Petal Search Widget ke layar utama peranti, klik ‘GO’ pada aplikasi yang korang nak dan walla! Dengan satu tap je korang dah boleh guna aplikasi yang diingini.

Selain itu, korang juga boleh update aplikasi korang dengan mudah melalui Petal Search Widget. Hanya buka Petal Search Widget, pilih ‘ME’ pada bahagian bawah kanan. Klik ‘Downloads’ dan pilih ‘Updates’ kemudian pilih aplikasi yang korang nak kemaskini. Senang kan?

Tip 2: Mengalih permainan online dengan ID Google ke peranti baru HUAWEI korang

Korang seorang gamers?  Risau kalau bertukar ke peranti HUAWEI, history game yang korang main akan hilang? Jangan khuatir, sebab korang boleh je log masuk ke akaun game di telefon baru tanpa menjejaskan perkembangan game korang.

Apa yang korang kena lakukan ialah sambungkan akaun Facebook atau akaun rasmi game korang ke telefon lama. Kemudian, muat naik game tersebut pada telefon baru dan log masuk menggunakan ID Facebook atau akaun rasmi game korang.

Korang boleh teruskan bermain game dengan telefon baru dari mana korang berhenti tanpa ketinggalan apa-apa pun!

Tip 3: Back up & pindahkan data daripada Whatsapp atau WeChat ke peranti baru HUAWEI

Bila tukar phone baru, benda yang paling ditakuti semestinya kehilangan pesanan pada aplikasi perbualan seperti Whatsapp atau WeChat. Tapi dengan HUAWEI, tak perlu risau lagi! Yang penting, korang ikut langkah ini dan kami jamin semua maklumat korang selamat semasa bertukar ke peranti baru HUAWEI.

LANGKAH 1 : Pada peranti lama korang, pilih ‘Setting > HUAWEI Account > Cloud’

LANGKAH 2 : Kemudian pilih ‘Cloud Backup > Backup Options > App Data’

LANGKAH 3 : Dalam App Data, berikan akses kepada WhatsApp atau WeChat

LANGKAH 4 : Pergi semula ke ‘Cloud Backup’ dan pilih ‘Backup’

LANGKAH 5 : Tunggu sehingga ‘backup’ korang selesai

LANGKAH 6 : Pada telefon pintar baru, pilih ‘Setting > HUAWEI Account > Cloud’

LANGKAH 7 : Kemudian, buka ‘Cloud Backup dan pilih ‘Restore Data’

LANGKAH 8 : Periksa rekod korang dan pilih ‘Restore Data’

LANGKAH 9 : Pilih ‘App Data’ > pilih WhatsApp/WeChat > klik OK

LANGKAH 10 : Pilih ‘Restore’ pada kotak pemberitahuan dan tunggu sehingga selesai

Jom bertukar kepada peranti HUAWEI sekarang!

Dapatkan segera peranti HUAWEI pilihan hati korang. Korang boleh dapatkan secara dalam talian di HUAWEI Store dan usha sendiri tawaran terbaru daripada HUAWEI.

Nikmati juga Best Pair 5G Device pada harga hanya RM22.73/hari *

*Tertakluk kepada terma dan syarat
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×